Selepas kemenangan bergaya 4-3 T-Team ke atas Kelantan pada Selasa, satu lagi nama yang turut menjadi popular pada malam yang sama, bekas kapten Kelantan sendiri, Indra Putra Mahyuddin.
Indra menjadi tumpuan bukan sahaja kerana menjaringkan gol pada perlawanan tersebut, namun dalam masa sama mengeluarkan kenyataan memperlekeh pasukan Kelantan yang disiarkan Suara Sukan.
Bagaimanapun, Indra menafikan mengeluarkan kenyataan itu, dan menegaskan sama sekali tidak ada kaitan dengan kenyataan yang mengatakan Kelantan tiada potensi bergelar juara, selain mempertikai kredibiliti penyokong The Red Warriors.
Penulis, bagi pihak Suara Sukan MEMOHON MAAF secara terbuka kepada semua peminat bolasepak tempatan andai betul kenyataan itu bukan milik Indra, sepertimana didakwanya, namun ingin menjelaskan di sini kenyataan yang disiarkan itu hasil perbualan seorang rakan media di Terengganu, yang mendakwa Indra membalas SMS dihantarnya, sepertimana disiarkan SS, berbunyi “Inilah antara sebab saya meninggalkan Kelantan, memang ini antara sebab utama. Tidak salah meletak harapan kepada pasukan, tetapi harapan itu haruslah berbentuk sokongan, dorongan. Ini tidak bila menang kami dipuji, bila kalah kami dikritik hebat, malah peminat sentiasa mahu kami menang, mereka harus tahu kalah menang adat pertandingan, bila nak selalu menang, ia akan memberi tekanan, player pun tak boleh perform..”.
SS sedar komen ini pastinya menimbulkan kemarahan majoriti penyokong Kelantan tetapi ditegaskan ramai juga menerimanya secara positif, dengan mengatakan komen Indra itu ada benarnya. Setakat ini, mengambil kira penafian Indra, SS masih mencari identiti penghantar SMS berkenaan, sama ada betul ianya bukan Indra atau sebaliknya.
Cuma, ironinya jika penulis sekalipun berada di tempat Indra, penulis tidak akan sesekali mengaku mengeluarkan kenyataan tersebut. Justeru, dengan penafian Indra ini, sekali lagi SS ingin MEMOHON MAAF secara terbuka kepada Indra, dan peminat bolasepak tempatan.
***Peringatan kepada rakan media, nak temuramah pemain pastikan ada tape recorder, masalah besar akan timbul dalam kes seumpama ini, tiada bukti, dan kita harus MEMOHON MAAF
1 ulasan:
Usahlah dpanjangkan lg isu ini.. Yg lalu usah dungkitkan kembali. Kpd penyokong kelantan, Biarlah Indra membawa haluannya sendiri krn beliau pasti tahu apa yg terbak untuknya.. Dan kpd Indra.. Terima kasih diatas pengorbanannya terhadap pasukan kelantan selama 2 tahun lepas
Catat Ulasan