Bolasepak malaysia sebenarnya tidak lengkap tanpa 'karenah' para penyokong setia The Red Warriors. Ini kerana sebelum Kelantan menjejakkan kaki ke saingan Liga Profesional Malaysia,Liga Premier dan Liga Super, agak kurang warna-warni serta aneka ragam dalam seni bolasepak negara.
Namun bermula tahun 2007,penyertaan The Red warriors dalam Liga Premier telah menarik ramai peminat bolasepak tanahair yang sebelum ini tidak pernah menjumpai peminat bolasepak sefanatik penyokong Kelantan. Tahun 2009,Liga Super lebih meriah apabila Kelantan memberikan saingan dalam pelbagai kejohanan termasuklah Piala FA bertemu Selangor dan Piala malaysia bertemu Negeri Sembilan. Tahun 2011 pula menyaksikan Kelantan sekali lagi muncul mencatat sejarah sebagai pasukan pantai timur yang pertama menjulang Piala Sumbangsih.
Sebelum ini ramai yang beranggapan penyokong Kelantan merupakan penyokong yang paling bermasalah. Sebenarnya ianya satu anggapan yang salah sama sekali. Seperti yang sedia maklum, penyokong Kelantan terkenal dengan sikapnya yang pantang dicabar ataupun diprovokasi oleh pihak lawan. Anda tidak percaya pernyataan saya ? cuba lihat gambar di bawah yang dirakam sewaktu Kedah bertandang ke Kota bharu pada perlawanan musim lalu.
Jika dilihat dalam gambar di atas, kedua-dua pihak penyokong baik Kelantan mahupun Kedah dilihat seolah-olah 'adik-beradik' sahaja! Tiada provokasi, Tiada masalah.. Perlawanan bertemu Pahang di Darul makmur juga menyaksikan para penyokong Kelantan dan Pahang cukup saling hormat-menghormati meskipun kekalahan berpihak kepada Kelantan 2-0 menentang Pahang.
Cuma yang menyebabkan berlakunya pergaduhan adalah apabila penyokong pihak lawan melakukan perbuatan yang tidak disenangi serta mengeluarkan kata-kata hasutan terhadap penyokong Kelantan seperti membakar bendera negeri Kelantan, Mengoyak banner penyokong dan sebarang bentuk provokasi lain. Cuba anda lihat gambar di bawah ini.
Ia jelas menunjukkan banner Kelantan dipijak dan dikoyak serta penyokong kelantan cuba dicaci dan dicederakan..Adakah mereka akan berdiam? Itulah sebabnya artikel ini "Kami hormati anda, jadi sila lah hormati kami!"
Diharap selepas ini, para penyokong bolasepak tanahair tidak lagi bertindak di luar batasan dan memecahbelahkan kita semua kerana ingatlah bahawa "bersatu teguh, Bercerai Roboh."
6 ulasan:
cuba teka penyokong mana yg suka begaduh, dan bakar trak polis ?
ish!!!mcm nak hina klntn je org kat ats tu...org klntn ni mmg jnis yang bermuafakat dan satu lagi, panas baran..hehe..so, bile ade org yang hina negeri kawe tuh, diorang mula melawan membangkitkan keadilan..haha..i love klate very much..ore klate hok g kolumpo hok jenis xdsr diri tu, meme sero nok pijok2 palo jah..aku pun ngaji situ jgok..
mmg pom........niat nk mnjthkn klntn jew nie
bolasepak itu seni
mne ada penykg suke bakor trak polis....kalu suka bakr trak polis confrm tiap2 ari terbkor.....suka gaduh??bkn suke tp org cari pasal jadi laa gaduh......pahm!!!!!!!!!!!!!!
Penyokong Bkar Puting Rokok ade la...
Hahhaha/...,/
<3 qlate...
GO MORE QLATE GO MORE....!!!
Catat Ulasan