Jumaat, 15 April 2011

Chelsea Bakal Bertukar Pengurus?





Benarkah Chelsea bakal mempunyai pengurus baru? Itulah yang kini hangat diperkatakan oleh peminat setia The Blues. Pemilik Kelab, Abramovich dikatakan kini akan ke Belanda..
Bukan mahu ‘makan angin’ tetapi tujuan Abramovich adalah bagi mendapatkan pengurus baru untuk menggantikan tempat Carlo Ancelotti yang menjadi pengendali skuad The Blues sejak tahun 2009.

Difahamkan, dua jurulatih, Marco van Basten dan Guus Hiddink kini berada dalam senarai Abramovich untuk dibawa masuk menjadi pengurus kelab yang berpangkalan di Stamford Bridge itu.

Hiddink berjaya menarik perhatian Abramovich selepas jurulatih skuad kebangsaan Turki itu melaksanakan tugas dengan baik ketika menjadi pengurus sementara Chelsea pada 2009 selepas Felipe Scolari dipecat.

Tidak ketinggalan, Van Basten, 46, juga berada dalam radar Abramovich.

Sebelum ini, Van Basten merupakan jurulatih skuad kebangsaan Belanda sehingga 2008 dan selepas itu dia menerima tawaran bagi membimbing Ajax Amsterdam.

Namun, kedudukan Van Basten sebagai jurulatih Ajax tidak kekal lama apabila dia dipecat setahun kemudian kerana gagal membawa kelab tersebut layak beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara.

Hasratnya bagi menjadi pengarah teknikal Sporting Lisbon selepas itu juga tidak kesampaian kerana gagal mendapat undian tertinggi bagi memikul tugas tersebut.

Disebabkan itu, Chelsea kini menjadi buruan utama Van Basten untuk meneruskan kariernya selaku jurulatih.

Selain Hiddink dan Van Basten, beberapa lagi nama turut dikaitkan bagi menggantikan tempat Ancelotti dalam saingan musim depan.

Antaranya ialah bekas jurulatih dan penggendali Real Madrid, Jose Mourinho, Pep Guardiola (Barcelona) dan bekas jurulatih Inter Milan, Rafael Benitez. – Agensi

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...