Selasa, 12 April 2011

Harimau Muda A : Kami Nak Menang!




HANYA kemenangan yang mampu memulihkan semula semangat dan tahap keyakinan skuad Harimau Muda A ketika berdepan Kuala Lumpur pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam ini.

Setelah mengharungi enam perlawanan awal musim ini dengan agak baik apabila mencatat dua kemenangan, tiga seri dan sekali tewas, Harimau Muda A telah mengalami tiga kekalahan berturut-turut.

Namun ia bukanlah sesuatu yang teruk memandangkan mereka tewas kepada pasukan-pasukan atasan liga iaitu Kelantan (1-2), Selangor (1-2) dan terbaru Terengganu (1-3) pada Sabtu lalu.

Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee berkata, episod kekalahan itu perlu ditamatkan segera kerana ia suatu situasi yang kurang baik menjelang aksi pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 bertemu Lebanon pada 19 dan 23 Jun depan.

"Memang kita bertemu pasukan-pasukan yang kuat secara berturut pada tiga perlawanan terakhir ini. Bagi saya, ini suatu pengajaran yang baik.

"Kita mendahului ketika bertemu Selangor dan Terengganu tetapi akibat hilang fokus, kita tewas. Begitu juga pada aksi menentang Kelantan apabila kita bolos dua gol awal.

"Jadi pertemuan dengan Kuala Lumpur ini merupakan pentas terbaik untuk para pemain memperbaiki kesilapan dan kelemahan. Saya percaya mereka mampu melakukannya," kata Kim Swee semalam.

Namun Harimau Muda A bakal turun tanpa dua tonggak utama iaitu pemain bek kanan, Mahali Jasuli dan pemain tengah menyerang, Irfan Fazail yang digantung satu perlawanan setelah mengumpul tiga kad kuning.

"Tetapi dengan kembalinya Muslim Ahmad bergandingan bersama Fadhli Shas dan jentera tengah dikemudi K. Gurusamy yang tidak beraksi Sabtu lalu, ia dapat menampung ketiadaan Mahali dan Irfan," ujar Kim Swee.

Apa yang pasti, Harimau Muda A berdepan jadual yang cukup padat apabila mereka bakal mengharungi 14 lagi perlawanan liga dalam tempoh enam minggu sebelum boleh menumpukan persiapan menghadapi Lebanon.

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...