Rabu, 13 April 2011

Luahan Fans Red Warriors : Sokongan Kami Zaman Berzaman!




Malam tadi menyaksikan Kelantan akur dengan kehebatan Perak yang beraksi dengan penuh bergaya apabila menewaskan Kelantan dengan Jaringan besar 4-0 di hadapan kira-kira 30,000 penyokong setia Skuad seladang. Jelas sekali ketiadaan Piya dalam pasukan Kelantan memberi impak yang besar kepada mutu permainan The Red Warriors.

Namun, disebalik kekalahan 4-0 kepada Perak, masih ramai penyokong Kelantan yang menyuarakan rasa berpuas hati dengan persembahan pasukan kegemaran mereka itu. Meskipun ada segelintir yang mengutuk dan mencemuh aksi pemain malam tadi, namun masih ada yang menyuarakan sokongan dan mengharapkan agar The Red Warriors bangkit selepas ini. Kini Kelantan terpaksa melepaskan kuasa di persada liga dan kini terpaksa berada di tangga keempat setelah Perak, Selangor dan Terengganu menang dalam perlawanan masing-masing.

Inilah luahan para penyokong setia the red warriors yang diperoleh Arena Bola melalui Facebook Penyokong Fanatik Kijang Emas sebentar tadi :




Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...