Ahad, 17 April 2011

Kelantan Kecewa Lagi, Sabah Berterima Kasih Kepada Syed Adney





Kelantan hampa apabila dipaksa berkongsi satu mata dengan Sabah apabila kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga wisel penamat. Ternyata Sabah musim ini bukan 'mangsa belasahan' The Red Warriors memandangkan mereka lebih bersedia untuk menempah pertemuan ini.



 Pertemuan kali yang kelima bagi Sang Badak dan Sang Kijang jelas sekali tidak berpihak kepada sesiapa pun meskipun Kelantan mempunyai kelebihan beraksi di hadapan ribuan penyokong setia mereka. Ini bermakna Sabah merupakan pasukan kedua yang berjaya 'mencuri mata' di Kota Bharu setelah sebelum ini dilakukan oleh Terengganu.






Mengimbas kembali perlawanan semalam, The Red Warriors bermula baik apabila Penyerang muda Kelantan, Nizad Ayub menguji kekentalan bekas penjaga gol Kelantan musim lalu, Syed Adney namun ternyata Syed Adney lebih bijak apabila beliau tangkas menyelamatkan gawang golnya.

Hanya berselang dua minit, Red Warriors dihadiahkan sepakan percuma setelah Nurul Azwan Roya dijatuhkan oleh pemain pertahanan Sabah namun sepakan yang diambil Rizal Fahmi Rosid sia-sia apabila lambungannya keluar dari kawasan permainan.

Kapten The Red Warriors sesekali melakukan Radzi melakukan percubaan namun hasilnya mengecewakan.
Kelantan terus mengatur serangan pada minit ke30 melalui percubaan jarak dekat Nurul Azwan Roya hasil kekalutan para pemain didepan pintu gol Sabah namun begitu, penjaga gol Sabah, Syed Adney bertindak cepat menepis bola sebelum dikeluarkan pertahanan Sabah.


S. Chanturu terpaksa diusung keluar akibat kecederaan dan beliau digantikan Solehin Kanasian Abdullah. Kemasukkan Solehin jelas sekali merancakkan permainan dan beberapa gerak menarik dapat disaksikan.

Pemain nombor sebelas The Red Warriors, Danial Fadly Abdullah kecewa setelah tandukannya yang pada situasi satu lawan satu hasil hantaran Kapten pasukan, Badri Radzi pada minit ke-40 mudah dinafikan penjaga gol Sabah, Syed Adney Syed Hussien




Sabah mendapat peluang keemasan melalui sepakan jarak jauh pemain tengah mereka namun Khairul Fahmi lebih tenang menumbuk keluar percubaan tersebut pada minit ke41 perlawanan

The Red Warriors sekali lagi mempunyai peluang menjaringkan gol melalui penyerang muda, Nizad Ayub namun beliau yang terburu-buru terus memilih untuk menanduk keluar hantaran yang dilakukan rakannya, Nurul Azwan Roya.

Dua minit selepas itu, Syed Adney sekali lagi menjadi penghalang apabila percubaan Nurul Azwan Roya yang terkena tiang berjaya ditampannya dengan kemas.
Separuh masa kedua bermula dengan Kelantan berani mempertaruhkan Khalid Jamlus yang menggantikan Wan Rohaimi.

Pertukaran pemain memberikan banyak peluang untuk merencanakan jaringan dan pada minit ke47, Kelantan melakukan serangan pertama melalui cubaan jarak jauh pertahanan Kelantan, Farisham Ismail namun percubaannya hanya melewati palang gol.

Minit ke-58, The Red Warriors sekali lagi diberikan sepakan percuma di luar kotak penalti namun ternyata bekas penjaga gol Red Warriors, Syed Adney lebih bijak membaca pergerakan bola.

Sabah akhirnya melakukan serangan yang hampir menewaskan pertahanan Red Warriors pada minit ke-60 namun percubaan penyerang Sabah, Azlan Otto sedikit tersasar meskipun penjaga gol Red Warriors, Khairul Fahmi sudah tertewas

Pada minit ke-67, Khalid Jamlus juga menghampakan apabila sepakan kencang hasil umpanan Nurul Azwan Roya dari dalam kotak penalti jauh tersasar ke sebelah kiri pintu gol Sabah.
Pada minit ke-70, Kelantan sekali lagi diberikan sepakan percuma oleh pengadil perlawanan tepat dihadapan pintu gol Sabah namun Azwan Roya menyepak terkena benteng Sabah sebelum dikeluarkan dari kawasan kotak penalti.

Selepas itu, berlaku sedikit kontroversi sehingga perlawanan dihentikan seketika selepas penjaga gol Sabah, Syed Adney membuat bantahan akibat pancaran laser penyokong Kelantan kepadanya.
Bersambung perlawanan, pemain Kelantan terus melakukan asakan bertali arus kearah pintu gol Sabah namun pertahanan Sabah dilihat lebih kental bertahan dengan baik.

Kedudukan 0-0 kekal hingga tamat perlawanan dan ini bermakna Kelantan turun ke tangga keempat Liga Super setelah di Shah Alam, Selangor menewaskan Perak 1-0.
Ketua jurulatih Sabah Gary Philips diarah keluar padang setelah beliau dilayangkan kad merah gara-gara beliau membantah keputusan pengadil.

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...