S.Chanturu atau lebih dikenali dengan gelaran 'Ekspres Kelate,' bakal diberi tanggungjawab besar untuk merobek gawang Sabah sabtu ini. Menyedari dirinya kurang mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan bertemu Perak selasa lalu, Chanturu berazam memberikan keceriaan kepada pengurusan Red Warriors dan juga penyokong setianya.
Musim ini menjadi musim yang cukup bermakna kepada beliau kerana beliau mampu beraksi dalam beberapa perlawanan penting jika dibandingkan dengan musim lalu. Ini kerana beliau kerap kali mengalami kecederaan pada baki musim lalu di samping aksi kurang konsisten yang dipamerkan.
Chanturu kini dilihat semakin matang beraksi di atas padang yang penuh dengan tekanan jika dibandingkan pada musim lalu, beliau terlalu gopoh bertindak semasa di pintu gol lawan. Beliau kini mengisi posisi hadapan Kelantan setelah Kelantan kehilangan tiga tonggak utama musim lalu.
Bergandingan dengan matyo, beliau ternyata tidak mempunyai sebarang masalah memandangkan mereka pernah bergandingan semasa mewakili negara tempoh hari.
Menjelang aksi bertemu Sabah, Chanturu pastinya tidak ingin melihat pasukannya terus dibuai dengan mimpi buruk selasa lalu sebaliknya beliau menyeru rakan-rakan bangkit dan mencipta kembali peluang The Red Warriors untuk 'berkuasa' di persada Liga Super. Meskipun sedar Kelantan kini ketinggalan tiga mata kepada pendahulu liga, Selangor namun Chanturu yakin Kelantan mampu merampas kembali posisi itu sekaligus mencerahkan kembali harapan ribuan penyokong fanatik Kelantan yang sudah lama inginkan Piala Liga SUper setelah musim lalu Kelantan hanya bergelar Naib Juara.
Chanturu pastinya menjadikan kekalahan kepada Perak sebagai pembakar semangat beliau untuk bertemu Sabah. Perlawanan sabtu ini pastinya bakal menghadirkan kira-kira 28,000 orang penyokong setia Red Warriors dan diharap pertemuan dengan Sabah akan dijadikan sebagai detik kebangkitan kepada para pemain The Red Warriors.
Hanya kemenangan bertemu Sabah bakal menaikkan kembali mentaliti para pemain dan mengembalikan keyakinan para penyokong Red Warriors terhadap pasukan kesayangan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan