Rabu, 13 April 2011

The Red Warriors Kini Dihantui 'Sumpahan' Di Tempat Lawan





Kelantan terus ditimpa malang setiap kali mereka beraksi di tempat lawan. Betulkah The Red Warriors kini terkena 'sumpahan' di tempat lawan? Adakah Apex juga mangsa 'sumpahan' itu? Sumpahan inikah yang memungkinkan Shahrul Idlan meledak gol di tempat lawan? Arena Bola hari ini ingin megupas isu ini dengan lebih lanjut.

Jika diperhatikan sejak akhir-akhir ini, jelas sekali corak permainan Kelantan di tempat lawan banyak mencurigakan serta agak sukar untuk dipercayai. Hal ini bermula sewaktu Kelantan berehat panjang sebelum mereka bertemu Pahang di Darul Makmur. Saat itu lah permainan The Red Warriors seakan-akan serba tidak menjadi manakala para pemain seperti Matyo dan Apex pula bagai 'digam' oleh pihak lawan. Kelantan tewas pada malam itu dengan jaringan 2-0.



Perlawanan kedua pula bermain di Kuala Terengganu yang menemukan Kelantan dengan T-Team. Kelantan juga tidak mampu berbuat apa melainkan hanya mampu memerhatikan pihak lawan merobek gawang dengan rakusnya sehingga lah lawan terus bernafsu meledak sehingga 3 gol separuh masa pertama. Namun Kelantan bernasib baik apabila Danial Fadly cuba 'menghapuskan' sumpahan dengan meledakkan dua gol. Hanya selepas itu barulah Chanturu mampu merapatkan jurang gol.

Terbaru, Kelantan tewas kepada Perak dengan jaringan besar 4-0 di Ipoh. The Red Warriors serba tidak menjadi mengatur serangan sebaliknya memberi gol kepada pemain perak membolosi gawang Kelantan yang dikawal kemas oleh Apex. Barisan Pertahanan Kelantan seakan-akan diikat dan 'mabuk' untuk fokus di atas padang. Lebih memeranjatkan, mereka hanya memerhatikan Akmal melepaskan rembatan tanpa melakukan apa-apa tindakan susulan.




Ini lah yang dipanggil sumpahan 'badi' yang kini menghantui The Red Warriors ketika ini. Bilakah ianya akan berakhir? Siapakah yang mampu mengubatinya? Anda nak tahu? Jurulatih la yang perlu bertindak segera. Ini kerana dengan ikhlas, Arena Bola ingin mengatakan bahawa corak permainan yang diamalkan Datuk M.Karathu sudah lama diketahui oleh pihak lawan. Kini sudah tiba masa Coach Karathu melakukan rombakan besar-besaran dalam pasukan bagi memastikan 'sumpahan' yang kini mereka hadapi berakhir apabila mereka bertemu Sabah nanti.

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...