Perak bakal menghadapi satu pertemuan sengit pada malam ini setelah mereka kini mula diasak oleh beberapa pasukan seperti Terengganu yang kini melonjak ke persada Liga Super selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Felda United malam tadi.
"TIADA ruang akan diberikan kepada para pemain Perak apabila berdepan Selangor pada perlawanan tumpuan menemukan dua pasukan teratas Liga Super itu di Stadium Shah Alam malam ini," Demikian strategi yang akan diatur oleh Boss Selangor, K. Devan apabila pasukan bimbingannya itu menanti kunjungan Sang Seladang yang baru saja membelasah Kelantan 4-0 di Ipoh pada selasa yang lalu.
"TIADA ruang akan diberikan kepada para pemain Perak apabila berdepan Selangor pada perlawanan tumpuan menemukan dua pasukan teratas Liga Super itu di Stadium Shah Alam malam ini," Demikian strategi yang akan diatur oleh Boss Selangor, K. Devan apabila pasukan bimbingannya itu menanti kunjungan Sang Seladang yang baru saja membelasah Kelantan 4-0 di Ipoh pada selasa yang lalu.
Menurut K.Devan, beliau akur dengan kecemerlangan benteng pertahanan Perak yang pada ketika ini cukup berdisiplin selain hanya melepaskkan sedikit gol setakat ini. Menurut beliau, Selangor akan mencuba sehabis baik dalam memastikan benteng kebal Skuad Seladang berjaya dibocori.
Selain itu, beliau juga menasihati anak didiknya agar sentiasa waspada dengan gandingan Akmal Rizal dan Syafik Jamal. Perak dilihat cukup kuat dibahagian tengah dengan adanya tonggak tengah berpengalaman, Shahrulnizam Mustapa dan K. Nanthakumar.
"Apa pun kita tak boleh bagi ruang langsung kepada pemain-pemain Perak dan kita sendiri perlu beraksi pada tahap yang lebih tinggi daripada biasa demi memastikan tiga mata penuh di laman sendiri," kata Devan semalam.
Selangor bakal turun tanpa Yosri Derma Raju sebaliknya pertahanan tengah Selangor malam ini bakal dikemudi Khairul Anuar Baharum dan Nasriq Baharom yang sebelum ini kerap mengalami kecederaan.
Selangor juga menerima berita gembira apabilaAmri Yahyah yang kembali selepas penggantungan satu perlawanan akan bergandingan dengan Fadzli Saari di bahagian serangan.
Biarpun Selangor sudah dua kali tewas di Stadium Shah Alam pada musim ini iaitu kepada Kelantan dan T-Team, Devan yang baru menyambut hari jadi ke-50 pada Selasa lalu tetap menganggap ia gelanggang keramat Red Giants.
"Bertemu Kelantan pada aksi pertama musim ini memang kita tidak beraksi baik tetapi ketika tewas kepada T-Team minggu lalu, kami telah beraksi dengan baik tetapi nasib tidak menyebelahi.
"Jadi saya mahu barisan depan Selangor tidak membazir peluang terhidang supaya kita tidak melakukan kesilapan sama ketika bertemu T-Team," jelas Devan yang berharap Selangor kekal selaku pendahulu liga selepas tamat perlawanan ke-12 itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan