Rabu, 6 April 2011

Siapa Yang Salah?



Kekalahan kedua berturut-turut di gelanggang lawan benar-benar mula menggusarkan para penyokong setia The Red Warriors sehingga mereka mula menyalahkan jurulatih dan sebahagiannya mengkritik para pemain kesayangan mereka. Sesungguhnya keperitan tewas di tangan musuh tradisi, T-Team tidak mampu untuk ditelan oleh ribuan penyokong Kelantan sehingga ada yang mengkritik secara terbuka melalui laman web sosial Facebook.

Antaranya, mereka menyuarakan agar jurulatih Red Warriors, Datuk M. Karathu direhatkan sementara waktu memandangkan aksi kurang meyakinkan dalam lima perlawanan yang terakhir yang juga menyaksikan Kelantan mudah tunduk kepada Pahang serta menang tipis kepada Harimau Muda A.



Menurut pemerhatian Krew blog ini semalam, para penyokong Red Warriors yang hadir memberi sokongan kepada pasukan jelas sekali hampa menyaksikan skuad kesayangan mereka 'diratah' oleh musuh tradisi mereka sehingga ada segelintir penyokong bertindak keluar dari stadium kerana tidak sanggup lagi melihat Kelantan 'dibaham.' 

Jika diperhatikan, ternyata barisan Red Warriors terutamanya pemain pertahanan agak leka sehingga melepaskan tanggungjawab 100 peratus kepada penjaga gol, Khairul Fahmi. Hasilnya kelantan bolos empat gol dengan mudah. Patutkah penjaga gol dipersalahkan?  Bagaimana pula dengan pemain perancang yang juga bertindak mengatur serangan? Adakah kegemilangan bolasepak Red Warriors sudah berakhir?



Pastinya 9 April ini perlu dijadikan medan tempur terbaik andai kelantan tidak mahu terus dijadikan pasukan 'belasahan' seperti mana yang telah dilakukan oleh Pahang dan T-Team. Seandainya tindakan drastik tidak diambil, pasti Kelantan akan menjadi 'mangsa' Felda United nanti.

Benarkah ada 'pakatan' dalam skuad The Red Warriors? Jika itu terjadi, alamatnya Kelantan bakal hancur seperti mana era 90-an. Seharusnya para pemain dan barisan kejurulatihan perlu profesional dalam bolasepak kerana zaman 2011 bukan lagi zaman era 90-an.



Atau adakah pemain Red Warriors 'tertekan' kerana sedar bahawa penyokong mereka  hanya inginkan kemenangan? Sepatutnya tekanan para penyokong terhadap mereka boleh dijadikan sebagai pembakar semangat serta motivasi agar mereka bermain bersungguh-sungguh. Jika itu tidak berlaku, ianya tidak memadai dengan pengurusan membayar para pemain dengan gaji lumayan untuk membantu pasukan mencipta kejayaan demi kejayaan.

Kerosakan 'enjin' skuad The Red Warriors perlu diberi perhatian oleh Datuk M. Karathu kerana tanpa 'enjin,' Kelantan tidak akan mampu mencongak strategi dan taktikal terbaik. Langkah sebaiknya ialah jurulatih perlu merehatkan sebahagian 'enjin' TRW kerana mungkin 'enjin' tersebut mempunyai masalah luar padang yang boleh mengganggu rakan-rakan lain.

Perubahan percaturan meletakkan Chanturu sebagai striker utama pula seakan-akan kurang mendapat 'support' daripada rakan-rakan lain. Benarkah?

Krisis yang agak serius kali ini ialah penjaga gol. Ada penyokong yang beranggapan status sebagai penjaga gol kebangsaan banyak memberi pressure kepada Apex sehingga menyaksikan prestasi beliau dengan Red Warriors agak 'down.'

Apa-apa pun 'Satu Red Warriors' perlu direpair segera sekiranya semua pihak mahu melihat skuad The Red Warriors beraksi cemerlang seperti aksi bulan Februari dan mac lalu. 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hi..dlm blog sy, kmu mau tukar link..sy xtau nak letak mana komen, jadi sy komen saja sini..

blog kmu telah sy add d blog iban2u dlm side bar rakan blogger.

cuba cek..

tambah juga link blog sy
nama blog :Iban2u
url : http://bizniz87.wordpress.com/

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...