Jumaat, 15 April 2011

Masih Berbisakah Khalid Jamlus?



Masih berbisakah Khalid Jamlus?
Begitulah pertanyaan seorang penyokong Kelantan kepada Arena Bola semalam. Berbisa atau tidak, Khalid pasti ada jawapannya. Ini kerana beliau hanya beraksi beberapa perlawanan sahaja sebelum ini. Mungkin ada yang menganggap Kelantan terlalu terdesak sehingga memanggil kembali pemain yang berumur 34 tahun ini. Sebenarnya, Khalid ada gunanya.

Mengimbau kembali sejarah tahun 2009, Khalid jamlus merupakan salah seorang pemain Kelantan yang menjulang nama The Red Warriors setelah beliau ledak satu gol di Paroi untuk membawa Kelantan ke perlawanan Akhir Piala FA buat kali pertama dalam sejarah bolasepak Kelantan. Selain itu, Khalid juga menghadiahkan kemenangan Kelantan di Darul Aman dalam saingan Liga Super musim 2009 semasa menentang Kedah.

Musim ini Khalid juga mencetuskan satu kejayaan kepada The Red Warriors semasa bertemu Negeri Sembilan di Kota Bharu. Pada separuh masa pertama perlawanan, The Red Warriors cukup buntu mencari jaringan. Namun sebaik sahaja Khalid Jamlus dimasukkan pada masa kedua, Kelantan mula berpesta gol di Kota Bharu. Gerakan lincah dan mengelirukan pihak lawan ternyata masih lagi dimiliki Khalid meskipun beliau kini dimamah usia. Kelantan menang ke atas Negeri Sembilan dengan kemenangan 3-0.

Selepas pada aksi tersebut, kelibat Khalid agak sukar untuk dilihat. Mengapa agaknya? Adakah jurulatih tidak yakin terhadap keupayaan Khalid jamlus? Apa gunanya Khalid dipanggil sekiranya beliau hanya memanaskan bangku simpanan semata-mata. Diharap jurulatih Kelantan mengambil berat soal-soal perasaan pemain seperti Khalid Jamlus kerana mereka juga mempunyai keinginan untuk beraksi. Apa salahnya Khalid diberikan peluang beraksi kerana Arena Bola yakin Khalid mampu memperbaiki kelemahan yang kini menghantui The Red Warriors.

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...