Sabtu, 9 April 2011

Piya Mahu Wakili Harimau Malaya

Piya atau nama sebenarnya Mohd Badri Radzi sememangnya sangat berhasrat untuk beraksi bersama skuad bolasepak kebangsaan pada suatu hari nanti.

Selain beliau sendiri yang berimpian besar, para menyokong setia The Red Warriors juga turut ingin menyaksikan Kapten The Red Warriors menjarung jersi 'Harimau Malaya' dan sekaligus memberikan aksi cemerlang demi memartabatkan bolasepak malaysia. Gambar yang terpapar di atas ialah hasil buah fikiran serta rintihan seorang peminat setia bolasepak Malaysia yang sangat teringin melihat pemain 'favourite'nya menjadi sebahagian daripada 'darah daging' Harimau Malaya. Saya mendapat lukisan ini setelah FB saya ditag oleh pelukis ini yang bernama Muhammad Arif. Setelah mendapat keizinan beliau, saya ingin mengemukakan kepada anda betapa sudah lama penyokong bolasepak di negeri Kelantan terutamanya ingin melihat Piya dipilih oleh jurulatih kebangsaan untuk aksi antarabangsa.

Sesiapa pun bakal cemburu serta iri hati apabila melihat rakan-rakan lain mampu memakai jersi 'kemegahan' bagi arena bolasepak negara ini. Begitulah perasaan Piya yang terus memendam rasa untuk mewakili negara namun beliau hanya mampu menyaksikan rakannya seperti Apex, Matyo, Chanturu, Daudsu dan terbaru ialah Rizal Fahmi. Sampai bilakah hasrat Piya akan terus menjadi seakan-akan 'angan mat jenin' ?  Itulah persoalan yang mampu diperkatakan kerana penyokong semua tidak mampu menjamin pemain kesayangan mereka beraksi. Jurulatih berhak menentukannya...Namun jurulatih Malaysia agak berbeza pendapatnya berbanding jurulatih Eropah. Ini kerana kebanyakan jurulatih skuad kebangsaan Malaysia lebih optimis memilih pemain dari Selangor untuk mewakili negara sehingga terlupa akan 'nasib' pemain yang lebih 'memerlukan'. 

Sewaktu ditemubual oleh wartawan sebelum ini, Piya pernah menyuarakan cita-citanya itu. Menurut Piya, karier seseorang pemain bolasepak profesional tidak akan lengkap sekiranya mereka tidak menyarung jersi negara mereka. Menurunya lagi, menyarung jersi skuad kebangsaan merupakan 'pengiktirafan' kepada seseorang pemain profesional.


[Piya menjulang Piala Sumbangsih untuk The Red Warriors buat julung kalinya]


Sewaktu ditemubual, Piya sempat bergurau dengan wartawan apabila wartawan menanyakan tentang statusnya yang kini masih belum berkahwin. Namun, dengan spontan Piya mengatakan bahawa beliau hanya akan kahwin setelah menyarung jersi negara. Mungkin bunyi jawapan Piya agak sinis ,namun sebenarnya beliau betul-betul serius untuk mewakili negara.

Ketika ditanya sama ada beliau akan kekal di kelantan musim depan atau tidak , ini katanya :"Saya masih selesa bermain di Kelantan.. Pengurusan bagus.. Saya memang berhasrat menghabiskan karier saya di Kelantan kerana di sini lah tempat saya lahir..di sini jugak la tempat saya memulakan karier saya dan saya harap di Kelantan jugak saya akan menghabiskan sisa karier bolasepak saya."



Piya juga turut menjawab soalan wartawan yang inginkan kepastian yang mengaitkan Piya akan ke Selangor atau Kedah musim depan dan inilah jawapan beliau : "Saya masih gembira bermain untuk Kelantan..segalanya ada di sini..selagi saya diperlukan di sini, saya akan teruskanlah. Memang sebelum ini ada yang call saya tapi semuanya belum rasmi." Menurut Piya, Selangor dan Kedah kini sedang 'memerhatikan' beliau.

Piya juga turut ditanya oleh wartawan sebab beliau ingin terus di Kelantan dan ini soalan wartawan : "Piya, kenapa anda ingin kekal di kelantan? Bukankah pendapatan yang ditawarkan oleh kelab lain lebih lumayan?"
Lalu Piya menjawab " pendapatan yang tinggi tidak menjamin kepuasan seseorang pemain bolasepak.. Yang penting ialah mereka diberi banyak peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama."

2 ulasan:

Firz Putra berkata...

Piya kini sudah berusia...mampukah dia menggalas tugas sebagai pemain kebangsaan andai diberi peluang?

mARt aPiEx berkata...

usia bukanlah ukuran dalam menjamin kehebatan seseorang pemain..tetapi semangat juang dan kerjasama yang tinggi amat penting dalam sesuatu sukan terutamanya yang melibatkan berpasukan..

saya juga ada perasan kebanyakan pemain yang dipilih mewakili negara ramai datangnya dari selangor..adakah selangor sahaja yang mempunyai pemain hebat?

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...