Tidak keterlaluan jika kita memuji Shakir Shaari yang telah memberikan aksi terbaik dalam perlawanan menentang Felda United sabtu lalu. Ini Kerana beliau benar-benar menjadi pembakar semangat The Red Warriors untuk mendapatkan gol-gol berharha selepas itu.
Tanpa kebijaksanaan beliau mencium peluang dengan baik sehingga beliau berjaya menyumbangkan jaringan yang cukup menakjubkan bagi para penyokong bolasepak tanahair. Sebelum ini semua penyokong kerap kali hampa kerana setiap Shakir melakukan rembatan, beliau gagal menggunakan aplikasa serta teknik yang betul sehingga bola yang dirembat melewati palang gol.
Alhamdulillah, akhirnya kemarau jaringan Shakir berakhir juga malam tadi. Yang lebih manis lagi, Shakir dan sepasukan berjaya merampas kedudukan selaku pendahulu selepas Selangor diaibkan oleh T-Team dengan kekalahan 0-2 di laman sendiri. Selain itu, Perak juga turut tewas apabila skuad Yob itu mudah dijinakkan oleh Sabah di Stadium Likas.
Berbalik kepada berita si Shakir ini, jelas sekali tidak mustahil jika ada penyokong yang sudah melabel beliau selaku 'pengganti' kapten The Red Warriors,Badri Radzi serta yakin bahawa Shakir boleh pergi lebih jauh berdasarkan usianya yang masih muda dalam arena bolasepak negara.
Shakir yang sebelum pernah bermain untuk MPPJ Selangor dan My-Team pastinya ingin menjadi salah seorang pemain bolasepak yang paling digeruni oleh pihak lawan dan disegani kawan. Untuk perlawanan yang akan datang pastinya tugas berat menanti pemain ini memandangkan pasukan The Red Warriors bakal berkunjung ke Ipoh, Perak.
Walaubagaimanapun, The Red Warriors diharap mampu mencapai kejayaan yang berterusan dan memastikan Liga Super musim ini dibawa pulang ke Kota Bharu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan