Jumaat, 15 April 2011

Schalke Ingin Ke Pentas Akhir




Penyerang veteran FC Schalke 04, Raul (gambar) berkata pasukan 'underdog' Jerman itu kini memasang impian besar final Liga Juara-Juara selepas mencetuskan pertembungan separuh akhir dengan gergasi, Manchester United.

Schalke berada di pusingan empat ter­akhir kejohanan domestik perdana bola sepak Eropah buat pertama kali dalam sejarah selepas menyingkirkan juara bertahan, Inter Milan pada suku akhir kelmarin.

Memenangi pertemuan timbal balik pertama 5-2 di Stadium San Siro di Inter minggu lalu, Schalke melengkap­kan tugas mereka dengan kemenangan 2-1 di Arena Veltins.
"Ia adalah saat istimewa, ia adalah kali pertama kami melayakkan diri dalam separuh akhir sepanjang sejarah kami," kata Raul yang berusia 33 tahun itu yang meraih gelaran Liga Juara-Juara tiga kali bersama Real Madrid.

"Tiada apa yang mustahil dalam bola sepak, lebih lagi menentang Manchester United, jadi mengapa kami tidak boleh mengimpikan final?"

Raul membuka jaringan menuju detik rehat kelmarin untuk melanjutkan jumlah jaringannya kepada 71 dalam Liga Juara-juara manakala pemain tengah Inter, Thiago Motta menyamakan kedudukan selepas rehat.

Pertahanan, Benedikt Hoewedes memuktamad­kan keputusan dengan jaringan kemenangan lewat. -AFP

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...