Sabtu, 7 Mei 2011

Khalid, Chanturu Muncul Wira Red Warriors Benam Kedah


kredit picture to: J Photography
Khalid Jamlus dan S. Chanturu telah buktikan keupayaan
sebenar mereka di padang setelah masing-masing meledak
gol untuk membantu Kelantan menang 2-0 keatas Kedah.


Khalid Jamlus dan S. Chanturu yang sebelum ini dikritik hebat oleh penyokong kerana prestasinya yang kurang memuaskan kini sudah mampu menarik nafas lega. Jaringan dua pemain hitam manis itu sekaligus menutup segala tohmahan yang sebelum ini dilemparkan terhadap beliau berdua.




kredit picture to : J Photography
Inilah barisan kesebelasan utama Kelantan yang diturunkan pada aksi malam tadi

Perlawanan antara Kelantan dengan Kedah sememangnya sering berlangsung dengan penuh dramatik dan memberi impak bukan sahaja kepada pemain di padang malah turut memberi debaran kepada para peminat bolasepak tanahair. Pertemuan kali ke-10 untuk dua Gergasi Bolasepak Malaysia itu pastinya bakal menentukan halatuju masing-masing sama ada mereka terus cemerlang ataupun sebaliknya.




kredit picture to : J photography
Skuad kesebelasan Kedah juga menunjukkan prestasi yang cukup
membanggakan di samping mereka kerap kali mencemaskan
kubu pertahanan Kelantan yang diterajui Khairul Fahmi Che Mat.

Kemenangan The Red Warriors keatas Kedah malam tadi memastikan Kelantan masih lagi gah dengan mencatatkan rekod kemenangan enam kali berturut-turut sejak akhir ini. Jaringan gol melalui sumbangan pemain kontroversi, Mohd Khalid Jamlus pada minit ke58 dan satu gol daripada S. Chanturu pada minit ke75 sudah cukup untuk memberi jaminan kepada Kelantan berada di persada Liga Super Malaysia setakat ini.


Berikut adalah rekod pertemuan Kelantan dengan Kedah sejak tahun 2009 :

29/9/09 >>Kelantan 1-0 Kedah
10/10/09 >>Kedah 1-0 Kelantan
19/1/10 >>Kelantan 0-1 Kedah
16/2/10 >>Kedah 0-0 Kelantan
20/2/10 >>Kelantan 1-1 Kedah
25/5/10 >>Kedah 0-0 Kelantan
20/10/10 >>Kedah 0-0 Kelantan
23/10/10 >>Kelantan 1-0 Kedah
25/2/11 >>Kedah 1-1 Kelantan
6/5/11 >>Kelantan 2-0 Kedah

Sepanjang 10 pertemuan antara kedua-dua pasukan, Kelantan kini dilihat semakin mendominasi rekod kemenangan dengan mencatat tiga kemenangan iaitu ketiga-tiga kemenangan dicatat di Kota Bharu manakala Kedah pula hanya mencatat dua kemenangan hasil satu kemenangan di Alor Setar dan satu di Kota Bharu. Lima lagi baki perlawanan menyaksikan Kelantan dan Kedah hanya mampu mencatatkan keputusan seri baik di Kota Bharu mahupun di Alor Setar.


kredit picture to: J Photography
Khalid Jamlus masih mempunyai ketajaman penyudah
yang tiada bandingannya pada usianya.


Namun kemenangan Kelantan kali ini lebih manis apabila Mohd Khalid Jamlus dipilih selaku pemain terbaik perlawanan. Pemain yang sudah dimamah usia itu sememangnya mempamerkan aksi sebenar seperti mana yang ditunjukkan pada musim 2009.
kredit picture to: Userun photography
Khalid Jamlus menjaringkan gol pertamanya musim ini dengan penuh gaya tersendiri

Bagi S. Chanturu, gol sumbangan beliau malam tadi bakal dijadikan sebagai azimat untuk terus meledak seperti rakan sepasukannya, Norshahrul Idlan Talaha yang kini menempah nama selaku penjaring terbanyak Liga Super.
kredit picture to: Userun photography
Kepantasan Chanturu melarikan bola ke kubu pihak lawan
merupakan antara kelebihan yang dimiliki Kelantan musim ini.


Kejayaan memungut tiga mata penting pada malam tadi ternyata bakal membakar semangat para pemain untuk bertemu Negeri Sembilan di Paroi pada 10 mei ini. Dengan kerjasama ASTRO ARENA, perlawanan Negeri Sembilan dengan Kelantan bakal disiarkan secara langsung pada 10 Mei 2011 pukul 8.45 malam di saluran 801.

3 ulasan:

yaya berkata...

assalamualaikum..
Wah hebat hebat!!
tahniah pu0p kit0 blak0

yaya berkata...

assalamualaikum..
Wah hebat hebat!!
tahniah pu0p kit0 blak0

Firz Putra berkata...

meme hebat sengoti!! haha..

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...