KELANTAN JUARA BERGANDA ?
Impian Kelantan dinobatkan juara berganda masih lagi cerah dan berpijak pada bumi yang nyata sekiranya semua pendokong dan penyokong The Red Warriors kembali perkukuhkan semangat dan tekad mereka melihat sebuah pasukan kembali gah beraksi. Kekalahan keempat Kelantan tidak akan melunturkan semangat pemain The Red Warriors untuk menampilkan aksi yang lebih bertenaga dalam empat baki perlawanan yang masih ada.
Peminat The Red Warriors harus bersatu menepis segala hujahan dan kritikan yang boleh melemahkan moral para pemain seperti mengaitkan pemain dengan rasuah, kejuaraan sedang diatur dan sebagainya. Kembalikan semangat sang juara dalam jiwa nurani semua peminat The Red Warriors , pantang The Red Warriors mengaku kalah sebelum tiupan wisel terakhir perlawanan ke 26 mahupun final Piala FA. Kekalahan memang perit untuk diterima tetapi ianya umpama penawar sebelum segala penyakit merebak.
Yakinlah Kelantan akan kembali mencipta kejutan. Dengan keyakinan dan doa semua peminat The Red Warriors tidak mustahil sejarah baru akan tercipta lagi dalam sejarah bolasepak Kelantan. Jika pada awal musim lalu fokus utama Tan Sri Annuar Musa meletakkan pasukan dalam kelompok empat pasukan teratas liga dan layak ke separuh akhir Piala FA di terima dengan tenang oleh seluruh penyokong memandangkan persiapan Kelantan terganggu kerana perpindahan mengejut pemain tetapi kini semua impian dan harapan sudah melepasi jangkaan awal.
Kini Kelantan sedang merebut dua kejuaraan serentak pada bulan jun ini, peluang masih terbuka dan tidak perlu ada yang sinis dengan keupayaan pemain Kelantan kerana kekalahan rabu lalu. Penyokong Kelantan harus berbangga bolasepak Malaysia masih bernafas kencang kerana adanya penyokong dan pemain hebat seperti Kelantan tanpa Kelantan malapnya bolasepak Malaysia.
Tidak dapat di gambarkan sebuah pasukan juara seperti Selangor yang kini masih lagi menghuni tangga ketiga liga dan masih ada harapan merebut kejuaraan sudah di pandang sepi penyokong pasukan sendiri dengan kehadiran tidak mencecah 300 orang pada perlawanan menentang Harimau Muda A rabu lalu. Adakah ini yang perlu dijadikan contoh kepada seluruh penyokong The Red Warriors? sokong ketika menang atau ketika perlawanan besar sahaja atau melibatkan Kelantan sahaja.
Sokongan yang utuh dan kesetiaan semua penyokong Kelantan ketika menang, seri mahupun kalah amat dihargai serta sangat diperlukan. Ayuh bangkitlah skuad The Red Warriors dari kekecewaan, lupakan kekalahan tekadkan kembali kemenangan untuk perlawanan akan datang. Gelora banjir baju merah kini sudah bermula, ayuh kita gegarkan stadium kita, stadium Likas Sabah dan stadium Bukit Jalil dengan deruan suara GOMO KELATE GOMO.........AYUH SEMUA PENYOKONG THE RED WARRIORS BANGKIT....... PANTANG THE RED WARRIORS MENGAKU KALAH SEBELUM BERTEMPUR.........DOA DAN SOLAT YANG MERUPAKAN SENJATA UTAMA KITA JANGAN DILUPA.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan