Sabtu, 21 Mei 2011

Farhan Bakal Kembali Bersama Kelantan?


Norfarhan Muhammad antara penyerang berbisa yang pernah dimiliki
Kelantan sebelum ini serta merupakan penjaring sulung gol pada Final Piala FA 2009.

Setelah pelbagai masalah yang timbul dalam pasukan bolasepak berstatus kelab, Terengganu T-Team kini dikhabarkan bakal dibubarkan.. Mungkin prestasi hambar mereka pada saingan Liga Super musim ini mula mendatangkan rasa kurang puas hati peminat dan pihak pengurusan kelab itu sendiri.

Tidak cukup dengan itu, khabar angin terus bertiup kencang sehingga terbias di negeri Kelantan. Kononnya bekas penyerang Kelantan musim lalu, NorFarhan Muhammad bakal kembali ke pangkuan The Red Warriors musim depan.


Kini NorFarhan sebahagian daripada kekuatan T-Team.

Spekulasi mengenai pemain yang pernah menjarung jersi nombor 10 The Red Warriors itu ternyata kurang disenangi oleh para penyokong The Red Warriors.. Namun ada yang bersependapat bahawa pihak pengurusan perlu memberi peluang kepada NorFarhan Muhammad untuk kembali ke Kelantan seperti penyertaan semula Khalid Jamlus bersama pasukan Kelantan.


NorFarhan juga menjadi wira Kelantan apabila meledak
hatrik pada perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2009.

Apa-apa pun, kelibat NorFarhan Muhammad bakal dinanti-nantikan oleh ribuan penyokong setia The Red Warriors pada pertemuan antara T-Team dengan Kelantan di Kota Bharu pada 21 Jun ini. Selain Farhan, beliau juga turut ditemani bekas kapten Kelantan, Indra Putra Mahyuddin dan Azizi Mat Rose.


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

X payoh la nok amik balik.Penyokong lain kawe x thu la guano pkir tp klu kawe,baik x payoh kot.Ore len mari main d kelate buleh jd hebat,x perlu la kot demo tu.Ari tu yo2 tinggal kelate,dgn sombong pulok tuh.x payoh amik......

kawe gambate kelate berkata...

kawe rasa baik tk payoh amik....buke atas dasar gapo......dio pernah wat tk molek ko kito....dio pernah buat spekulasi bahawa KAFA tk byr bonus la apo la....n bnyk lg dio wat tk molek ko team kito.....tk kan kita nk terima lg.....sdgkan kita blh didik lbh bnyk pelapis untuk menjadi lebih baik dio...

Tanpa Nama berkata...

kawe pun raso tak payoh amek lah dia ni.. team loni dah mantap dah tanpa 3 abdul.. ternyata set ni tak setia.. walaupun jasa set ni banyok sampai buleh menang piala malaysia 2010, tapi kena kiro jugok jasa TRW amek set ni sampai jadi star.. set ni keno ingat, kalu kelate tak amek, tak mungkin set dia jadi supo loni.. mungkin jugok career demo ni dah berkubur

alasan apa2 buleh bagi.. sebenarnya farhan takut la tu nak mari kota bharu.. dia royat la gitu nak bagi fan kelate cool down..

kalu lah betul dia kena ikut bini kijo ganu.. bakpo tak ikut procedur yg betul masa nak tubek gi T-Team?

Bakpo kena ikut jalan belakang? Kenapa sanggup mengkhianati TRW?

Fikir2 lah

Tanpa Nama berkata...

demo gi T-Team sebab nak gaji lebih.. orang tahu belako doh.. bila T-Team bermasalah, nak mari Kelate pulok.. demo ingat dok lagi demo khianat kat Kelate dulu?

Firz Putra berkata...

ksian la ko paan...dia terpaksa tinggal kelate mse tu..

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...