Jumaat, 27 Mei 2011

The Red Warriors Akan Menyerap Pemain Bintang Musim 2012


Mouhamadou Moustapha merupakan antara pemain import
yang banyak memberi impak pada pasukan Kelantan
pada saingan Liga Premier musim 2008.

Setelah mengharungi hampir separuh saingan Liga Malaysia musim ini dengan tanpa kelibat pemain bintang, Kelantan tidak keberatan untuk menyerapkan beberapa muka baru pada musim 2012 dengan pemain-pemain bertaraf bintang. Yang pasti, pemain bintang tersebut bukanlah pemain yang pernah mewakili Kelantan dan tidak mustahil jika KAFA membuat keputusan untuk mengambil khidmat pemain import dari negara Sepanyol dan Argentina. 

Ini berikutan terdapat pemain kelahiran Sepanyol yang bercita-cita untuk beraksi bersama Kelantan FA dan individu tersebut telah menghantar luahannya itu kepada Kelantan FA. Kini pihak pengurusan KAFA hanya perlu mempertimbangkan agar pemain import yang bakal menyarung jersi keramat kijang emas itu adalah pemain yang benar-benar berkualiti dan profesional.

Tonggak musim ini kini sedang dalam proses menyambung kontrak dengan Kelantan dan pastinya akan mengekalkan beberapa pemain musim ini untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2012 nanti.

Mohd Safiq Rahim juga turut dikhabarkan bakal
menyarung jersi Kelantan musim depan.

Sebelum ini, Kelantan pernah membawa masuk tiga pemain bintang ke Kelantan iaitu Akmal Rizal, Hairuddin Omar dan Indra Putra Mahyuddin. Namun begitu, impak mereka kepada pasukan Kelantan tidak kekal lama apabila masing-masing membuat keputusan untuk berhijrah ke  pasukan lain atas sebab tertentu.
Indra Putra antara pemain bintang yang pernah 
membantu Kelantan musim 2009-2010.

Penulis sempat mendapat kepastian tentang masa depan pasukan Kelantan melalui Facebook  Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa sendiri.

Berikut adalah pernyataan beliau :

"Doakan The Red Warriors makin tahun makin mantap..Kita perkasakan pasukan kita dengan cara kita Dan sesuai  dengan keterbatasan KAFA.. KITA BOLEH.. Syukur semua pemain utama kita sudah menyambung kontrak hingga musim depan..Kita punya asas yang kukuh untuk musim 2012 yang hebat..InsyaAllah kita akan mendapatkan khidmat 5 atau 6 pemain bintang yang akan menjadikan The Red Warriors SECOND TO NONE!!  Now we have no stars but we have warriors.. Next year, we will have STAR WARRIORS."

Diharap pemain yang sedia ada yang pemain yang akan diserapkan  bersama Kelantan akan terus memperkasakan bolasepak di Kelantan tanpa terlibat dengan sebarang gejala negatif seperti Rasuah dan pengambilan bahan terlarang.

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...