KELANTAN VS TERENGGANU T-TEAM
Di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan.
Pasukan Kelantan sememangnya tidak ada pilihan lain selain daripada mereka perlu mencatatkan kemenangan keatas T-Team malam ini. Kehadiran kira-kira 20,000 orang penyokong setia Kelantan pasti memberikan semangat yang utuh dalam diri setiap 'Wira Merah'.
Tumpuan pastinya akan terarah kepada dua tonggak penting iaitu Indra Putra Mahyuddin (T-Team) dan Badri Radzi (Kelantan). Bagi Kelantan, mereka ingin menghapuskan kekalahan 4-3 di Kuala Terengganu sebelum ini sekaligus memahat sejarah baru untuk The Red Warriors mendahului carta Liga Super musim 2011. Di kem T-Team pula, mereka pastinya ingin mengekalkan momentum kejayaan sepertimana yang ditunjukkan sewaktu mereka menundukkan Selangor dua kali musim ini.
Namun begitu, jika dilihat pada rekod pertemuan kedua-dua pasukan, ternyata masing-masing mempunyai kekuatan yang seimbang dan hanya kesilapan bakal membawa padah.
6 Mac 2010 T-Team 0-1 Kelantan
3 Ogos 2010 Kelantan 0-0 T-Team
18 Februari 2011 T-Team 1-1 Kelantan
5 April 2011 T-Team 4-3 Kelantan
p/s : masing-masing mencatatkan satu kemenangan dan satu keputusan seri.
Bagi jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu, beliau sangat berharap Kelantan mampu bangkit setelah sebelum ini mereka dihampakan oleh Harimau Muda A di Shah Alam. Tambah beliau lagi, hanya keazaman dan disiplin yang tinggi bakal menentukan sama ada anak didiknya layak bergelar pemenang pada malam ini.
Matyo bakal menggalas tanggungjawab besar pada malam ini.
Kelantan perlu lebih waspada terutama gerakan NorFarhan
yang sering memperdayakan penjaga gol lawan.
Bagi T-Team, ketajaman sentuhan penyerang mereka, NorFarhan Muhammad pastinya ingin ditagih lagi setelah pemain itu berjaya membantu pasukannya menewaskan Selangor di Kuala Terengganu tempoh hari. Yang pasti, kehadiran Farhan bakal dinanti-nantikan para penyokong Kelantan yang mungkin menyambut pemain itu dengan 'meriah'..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan