Mampukah Kelantan terus mempertahankan rekod tanpa kalah di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu?
Sepanjang tiga pertemuan antara The Red Warriors dengan The Red Giants musim ini, Kelantan dilihat lebih gah dengan merakamkan rekod menang bersih ketiga-tiga perlawanan itu. Dalam dua aksi Liga Super sebelum ini, Kelantan ternyata masih kebal tanpa bolos sepanjang pertemuan di Shah Alam dan di Kota Bharu. Saingan Piala FA kali ini menyaksikan kejutan apabila Kelantan berjaya membenam Selangor di gelanggang lawan dengan bergaya setelah memperoleh jaringan 5 gol berbalas satu.
Walaubagaimanapun, aksi sebelum ini pastinya ingin dilupakan oleh pemain The Red Warriors kerana mereka ingin fokus sepenuhnya untuk perlawanan penting malam ini.
Bekalan selesa 5 gol di Shah Alam hanya satu kelebihan namun, para pemain Kelantan akan bermain bermati-matian pada malam ini agar mereka mampu membuktikan kepada ribuan penyokong setia The Red Warriors bahawa mereka kini semakin unggul sebagai kuasa baru Bolasepak Malaysia.
Pergerakan pantas dan hantaran bola yang tepat ternyata menjadi
kunci kejayaan kepada pasukan The Red Warriors musim ini.
Kemenangan 5-1 tempoh hari sememangnya menggemparkan seluruh negara apabila Kelantan yang diramal sukar di Shah Alam, agak tenang beraksi di hadapan kira-kira 25,ooo penyokong fanatik The Red Warriors. Suasana di Stadium Shah Alam seolah-olah mereka berada di Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Paluan Gendang dan Sorakan 'Gomo Kelate Gomo' mewarnai suasana Stadium apabila tiap kali pasukan Kelantan turun beraksi.
Kecemerlangan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat semasa menentang Selangor di Shah Alam tempoh hari juga seharusnya mendapat pujian para penyokong. Sepanjang tempoh 90 minit perlawanan berlangsung, beliau berjaya mempertahankan gawangnya daripada dibolosi lawan namun masa tambahan 2 minit terakhir menyaksikan dirinya tertewas jua hasil jaringan kapten Selangor, Mohd Amri Yahyah.
Ramzul muncul wira The Red Warriors dengan meledakkan dua gol.
Kebijaksanaan Rojo (Ramzul Zahini Adenan) menghidu peluang sememangnya sukar untuk dinafikan lagi. Ini kerana beliau bijak memanfaatkan peluang hasil kesilapan penjaga gol Selangor, Saiful Amar Sudar untuk meledak dua gol sekaligus menaikkan semangat The Red Warriors untuk memburu lebih banyak gol selepas itu.
Tidak lupa juga perancang The Red Warriors yang merangkap kapten pasukan, Mohd Badri Radzi yang turut beraksi cemerlang sepanjang tempoh 92 minit perlawanan. Kebijaksanaan beliau mengumpan bola kepada rakan sememangnya tidak mampu untuk diperkatakan.
Badri Radzi mungkin akan beraksi dengan lebih baik selepas
berjaya memimpin pasukan menang besar di Shah Alam tempoh hari.
Badri yang cukup terkenal dengan sentuhan set piece 'magik' hampir-hampir memberikan gol untuk Kelantan namun sepakannya hanya mampu singgah di palang gol. Walau bagaimanapun, Badri berjaya menebus kehampaan apabila beliau berjaya menjaringkan satu gol untuk memastikan Kelantan pulang ke Kota Bharu dengan bekalan selesa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan