Selasa, 10 Mei 2011

Prebiu Liga Super 2011 : Edisi Derbyside Kijang-Rusa

NEGERI SEMBILAN VS KELANTAN
Di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.
10 Mei 2011



Perlawanan ke 19 Liga Super 2011 kali ini bakal menemukan dua musuh tradisi yang sebelum ini mempunyai sejarah yang tersendiri sepertimana yang sedia maklum.. Juara Piala FA 2010, Negeri Sembilan bakal membuat perhitungan penting pada malam ini apabila skuad Jang itu akan dikunjungi Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan yang turun dengan misi mempertahankan posisi selaku pencabar utama kejuaraan Liga Super musim ini.


Kelebihan Negeri Sembilan
  • Negeri Sembilan mempunyai tonggak berpengalaman seperti Syukor Adan dan Aidil Zafuan di bahagian pertahanan.
  • Percaturan dan kebijaksanaan Jurulatih Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah pastinya cukup ditagih seperti mereka menundukkan Perak 3-1 di Paroi sebelum ini.
  • Rata-rata pemain kesebelasan utama Negeri Sembilan terdiri daripada golongan muda : Shahurain Abu Samah, Halim Zainal dan Fakri Sharani.

Shahurain dan Halim antara pemain muda Negeri
Sembilan yang perlu diberi perhatian yang serius oleh
barisan pertahanan The Red Warriors malam ini.

Kelemahan Negeri Sembilan
  • Barisan pertahanan terlalu bergantung kepada Aidil Zafuan setiap kali diasak pihak lawan.
  • Barisan perancang tengah sedikit pincang kerana kekurangan pemain tengah berkaliber setelah Rizal Zambri Yahya berhijrah ke Johor FC.
  • Jentera serangan Negeri Sembilan terlalu mengharapkan pemain veteran, Hairuddin Omar menjaringkan gol.

Ketajaman penyudah bekas tonggak Kelantan,
Hairuddin Omar bakal diuji pada pertembungan
penuh dramatik di Stadium SAR Paroi malam ini.


Kelebihan Kelantan
  • Mempunyai beberapa pemain yang lariannya cukup pantas seperti S.Chanturu dan Nurul Azwan Roya.
  • Kebangkitan prestasi kapten pasukan, Mohd Badhri Radzi dilihat mampu memberi kekuatan di bahagian tengah Kelantan.
  • Khairul Fahmi Che Mat masih cemerlang mengawal gawang Kelantan sepanjang 5 perlawanan terakhir sebelum ini.
  • Khalid Jamlus mula menemui sentuhan terbaiknya musim ini.

Kelemahan Kelantan
  • Barisan pertahanan Kelantan yang diketuai Rizal Fahmi Rosid dilihat agak goyah terutama sekali semasa Kelantan beraksi di tempat lawan.
  • Kelantan terlalu mengharapkan penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha untuk memecah kebuntuan pasukan.
  • Penyerang kadangkala terlalu gopoh untuk menyudahkan peluang yang terhidang di depan gol.

Norshahrul Idlan Talahan pasti
akan dikawal ketat oleh barisan
pertahanan Negeri Sembilan malam ini.


Rekod Pertemuan Negeri Sembilan dengan Kelantan (2009-2011)

7 April 2009      -> Kelantan 0-1 Negeri Sembilan
18 April 2009    -> Negeri Sembilan 1-2 Kelantan
2 Mei 2009       -> Negeri Sembilan 2-0 Kelantan
7 November 2009 ->Kelantan 1-3 Negeri Sembilan
17 April 2010    ->Negeri Sembilan 1-3 Kelantan
6 Julai 2010      ->Kelantan 1-0 Negeri Sembilan
14 September 2010-> Kelantan 0-1 Negeri Sembilan
3 Oktober 2010  -> Negeri Sembilan 2-2 Kelantan
30 Oktober 2010->Kelantan 2-1 Negeri Sembilan
1 Mac 2011       -> Kelantan 3-0 Negeri Sembilan


STATISTIK NEGERI SEMBILAN DAN KELANTAN

KELANTAN F.A ...> 5 Kali MENANG (3 di Kota Bharu, 2 di Paroi)

NEGERI SEMBILAN F.A ...> 4 Kali MENANG (3 di Kota Bharu, 1 di Paroi)

keputusan seri : 1 Kali (di Paroi)
jumlah pertemuan : 10 Kali ( 5 di Kota Bharu, 5 di Paroi)


................................................................................................

Siapakah Bakal Memenangi pertembungan derbyside kali ke-11 ini? Negeri Sembilan atau Kelantan?


Mampukah Kelantan merakamkan kemenangan ke-6 daripada 11 pertemuan? Hanya pemain di atas padang yang akan menentukan sama ada Kelantan ingin membawa tiga mata penuh atau sebaliknya....



Perlawanan NEGERI SEMBILAN dengan KELANTAN disiarkan secara LIVE di Astro Arena 801 pada malam ini....

Gomo Kelate Gomo!

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...