Rakan VVIP Laman PFKE.com

Berita Yang Masih Panas..

Gomo Kelate Gomo!

Isnin, 30 Mei 2011

K. Soley Bakal Meninggalkan Kelantan Musim Depan?



K.Soley atau nama penuhnya Kanasian Solehin Abdullah kini mula dikaitkan dengan khabar angin yang mengatakan bahawa beliau akan meninggalkan Kelantan musim depan. Jika dilihat pada penampilan K.Solehin dalam saingan Liga Super musim ini, beliau hanya beraksi sebanyak 15 kali yang menyaksikan beliau berada dalam kesebelasan utama sebanyak 11 kali. Selebihnya, K.Solehin hanya turun selaku pemain gantian dan berada di bangku simpanan.

Kelincahan K.Solehin sudah mula
dipertikaikan oleh banyak pihak.

Dengan hanya meledakkan satu gol dalam saingan Liga Super setakat ini,  jelas sekali menampakkan kebuntuan K.Solehin mencipta jaringan untuk Kelantan selain beberapa aksi yang kurang memberangsangkan yang ditunjukkan oleh beliau.

Penyokong setia The Red Warriors masih mengingati kekalahan Kelantan kepada T-Team di Kota Bharu yang menyaksikan rekod tanpa kalah di Kota Bharu akhirnya lebur dengan kekalahan 2-1 di tangan T-Team.
K.Solehin yang diberi kepercayaan untuk merencana serangan bersama kapten, Badri Radzi masih gagal menggugat kekebalan gawang gol pasukan T-Team. Gerakan dan hantaran K.Solehin juga kadang-kala cukup mengecewakan kira-kira 20,000 penyokong setia Kelantan yang memenuhi stadium.

Prestasi K.Soley masih belum menyakinkan jurulatih
untuk diberi kepercayaan dalam perlawanan penting.
Credit : http://www.facebook.com/userunphotography

Solehin yang sedang bergelut dengan prestasi kini mula dikaitkan dengan pasukan lamanya, Kedah dan Perlis yang kini amat memerlukan pemain midfield yang berpengalaman dan berkaliber. Namun begitu, ternyata Solehin tidak mampu mempamerkan aksi sebenar beliau sepanjang bersama Kelantan memandangkan beliau sering dibayangi oleh rakan-rakan yang juga merupakan pemain midfield yang berbakat.

K.Solehin antara tonggak yang menjulang
Piala Sumbangsih 2011 ke Kota Bharu.

Jika pengurusan Kelantan benar-benar membawa muka-muka baru musim depan, pemain seperti K.Solehin pasti antara calon yang bakal meninggalkan The Red Warriors setelah menyertainya pada akhir musim 2010.

1 ulasan :

Matt Ferdaz berkata...

Apa komen anda tentang K.Solehin? bagaimana persembahannya? Terbaik atau Masih Perlu diperbaiki ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...