Selasa, 1 Mac 2011

Apex Kawal Di Gawang Kelantan, Piya Kawal Di Gawang Negeri Sembilan.


Tugas penting bakal digalas oleh para pemain The Red Warriors menjelang perlawanan hidup dan mati pasukan dalam misi untuk mengekalkan dominasi di persada Liga Super.

Penjaga gol Kelantan bakal menjadi individu yang paling sibuk malam ini bagi mematahkan serangan Skuad hobin jang hobin yang bakal diketuai oleh Zaquan Adha Abdul Razak. Pastinya Negeri Sembilan tidak mahu hanya pulang dengan tangan kosong setelah 3 perlawanan terakhir menyaksikan mereka hanya memperoleh satu kemenangan dan dua tewas.

Kejayaan Apex mempertahankan gawangnya daripada dibocori musim ini menjadikan beliau antara penjaga gol kebangsaan yang paling menyerlah pada musim ini. Namun begitu, beliau tidak mahu mendabik dada sebaliknya beliau akan cuba kekalkan momentum kecemerlangan seperti mana yang ditonjolkan pada musim lalu.

Kapten The Red Warriors, Piya pula mempunyai misi tersendiri untuk menjulang Kelantan pada malam ini. Beliau ingin mengambil pengajaran dengan apa yang telah dilakukan oleh beliau sewaktu bertemu Kedah baru-baru ini. Piya berazam untuk menyempurnakan segala peluang yang ada pada malam ini dan tidak lagi akan bertindak secara gopoh sehingga merugikan diri sendiri dan pasukan Kelantan.

Beliau menyedari bahawa beraksi di Darul Aman tempoh hari agak memberi tekanan kepada beliau terutama sekali beraksi di hadapan ribuan penyokong Sang Kenari. Selain itu, kecemerlangan benteng pertahanan Kedah juga menjadi faktor piya sukar mendapat ketenangan semasa menyempurnakan peluang-peluang keemasan.

Sebagai kapten, piya akan berusaha lebih keras pada malam ini dalam memastikan Skuad Kijang mengaut tiga mata berharga dan seterusnya kekal di persada liga.

GOMO KELATE GOMO!!


Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...