KOTA BHARU- Para pemain The Red Warriors perlu bangkit segera andainya ingin menjulang trofi Liga Super 2011 ke Negeri Kelantan. Hal ini demikian kerana mereka berkedudukan agak baik dalam liga pada ketika ini. Sekiranya tidak dimanfaatkan sepenuhnya, pasti lawan yang kuat seperti Selangor dan Perak mampu memintas Kelantan yang hanya mempunyai kelebihan jaringan.
Kekalahan kepada pahang pada aksi terakhir liga menyaksikan Kelantan agak leka sehingga memberi peluang kepada lawan meledakkan 2 gol tanpa balas. Segala kelemahan perlu diperbaiki segera seandainya ingin mengutip 3 mata penuh pada aksi Jumaat ini sewaktu melayan kunjungan Harimau Muda A ke Kota Bharu.
Rekod pertemuan jelas sekali berpihak kepada Harimau Muda A memandangkan mereka telah mengalahkan The Red Warriors pada aksi persahabatan disember lalu dengan kemenangan 4-1 di Kuala Lumpur. Kelantan terutamanya di bahagian serangan perlu lebih fokus kepada mencetak gol pasukan Harimau Muda A iaitu Izaq Farris Ramlan dan Wan Zaharul Nizam.
Di posisi serangan Kelantan pula, Matyo dan Azwan Roya perlu lebih 'liar' serta kerap berlegar di kawasan kotak penalti lawan andainya ingin mendapatkan gol. Tanggungjawab mengatur serangan pastinya terletak sepenuhnya di bahu Badri Radzi yang juga selaku Kapten pasukan Kelantan di samping mendapat bantuan Solehin dan Shakir.
Posisi Penjaga gol dilihat agak kurang membimbangkan memandangkan Apex sudah semakin yakin setelah beliau kerap kali membantu skuad kebangsaan dalam aksi penting. Namun begitu, sekiranya tiada bantuan daripada Rizal Fahmi dan Farisham, Apex pastinya akan lebih panik sepertimana yang telah berlaku di Darul makmur tempoh hari..
GOMO KELATE GOMO!! HARAP MENANG SOKMO!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan