Rabu, 30 Mac 2011

Azwan Roya Makin Mengancam!


KOTA BHARU- Azwan Roya kini semakin digeruni lawan setelah beliau kerap kali menjadi duri dalam daging pihak lawan setiap kali diberi peluang untuk beliau beraksi. Anak Kelahiran Tok Bali ini kini setanding dengan kehebatan NorShahrul IdlanTalaha kerana kedua-dua pemain ini mempunyai rembatan yang agak kencang sehingga menyukarkan pihak lawan untuk bertahan.

Gandingan Azwan bersama Matyo dilihat semakin serasi dalam beberapa perlawanan terakhir terutama sekali sewaktu aksi Separuh Akhir Piala FA. Beliau meledak 1 gol sewaktu Kelantan mengalahkan Felda United 3-0 dalam aksi timbal balik kedua Piala FA.

Meskipun selesa berada dalam kesebelasa utama The Red Warriors, Azwan kadangkala agak agak terkilan kerana beliau masih belum 'dilamar'oleh jurulatih skuad kebangsaan, K.Rajagobal. Azwan sememangnya sangat teringin untuk memakai jersi 'Harimau Malaya' yang kini sudah dipakai oleh Apex,Matyo,Chanturu dan Rizal Fahmi. Melihat rakan baiknya yang juga pertahanan The Red Warriors, Rizal Fahmi dipanggil oleh jurulatih skuad kebangsaan, Azwan semakin yakin bahawa peluang untuknya menjadi pemain skuad kebangsaan akan tercapai.

Perkara yang lebih penting pada ketika ini ialah beliau perlu membantu rakan-rakan bagi memastikan 3 mata penuh mampu dimiliki pada aksi jumaat ini. Beliau pastinya akan menggunakan segala kelebihan yang ada pada dirinya bagi memastikan The Red Warriors terus melaungkan cabaran kepada pihak lawan.

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...