Jumaat, 1 April 2011

Siapa Hebat? Rizal Fahmi Atau Muslim Ahmad?

[Rizal Fahmi kini semakin mempamerkan kematangan mengawal keadaan]


[Kebijaksanaan menyerap tekanan dari segi fizikal dan mental senjata Muslim]

KOTA BHARU- Siapa Hebat? Itulah persoalan yang timbul pada aksi perlawanan Liga Super 2011 yang menemukan pendahulu Liga, Kelantan yang akan melayan kunjungan Harimau Muda A malam ini. Pertahanan Kelantan dan Harimau Muda A jelas sekali mempunyai keistimewaan tersendiri.

Pertahanan kental The Red Warriors kini perlu fokus sepenuhnya kepada perlawanan yang dijangka cukup sengit kerana lawan mereka ialah pasukan pelapis muda skuad kebangsaan. Pastinya hampir 1,000 000 peminat bolasepak tanahair menonton di kaca tv dan kira-kira 35,000 penyokong fanatik The Red Warriors bakal membanjiri Stadium Sultan Muhammad ke-IV,Kota Bharu malam ini.



Perhatian para peminat pastinya terarah kepada para pemain pertahanan The Red Warriors yang diketuai Rizal Fahmi Rozid. Status terkini sebagai pemain pertahanan skuad kebangsaan pastinya bakal membakar semangat beliau dalam menafikan kemenangan Skuad Harimau Muda A. Rizal yang beraksi semasa aksi persahabatan skuad kebangsaan optimis skuad Kelantan mampu memperoleh kejayaan meskipun menyedari barisan Harimau Muda A diketuai Muslim Ahmad yang antara individu yang menjulang Malaysia selaku Juara Piala AFF Suzuki tahun lalu.



Muslim yang dianugerahkan sebagai pemain pertahanan terbaik 2010 pastinya tidak rela memberi kemenangan yang mudah kepada pasukan Kelantan. Sebagai kapten pasukan, Muslim Ahmad pastinya bakal waspada terhadap penyerang berbisa Kelantan, NorShahrul Idlan Talaha yang semakin 'mengamuk' mencari gol. Oleh sebab itu, para pemain TRW perlu mengatur serangan yang cukup berkualiti seandainya tidak ingin dikecewakan oleh pemain 'muda' negara.



Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...