Jumaat, 1 April 2011

Shakir Bakal Perkuat Barisan Serangan TRW Malam ini.


KOTA BHARU- Shakir Shaari bakal turun untuk memperkuatkan jentera serangan skuad The Red Warriors malam ini. Kelincahan pemain kadang kala sering menimbulkan kerisauan kepada pihak lawan khususnya sewaktu pihak lawan ghairah melakukan serangan.

Bekas pemain belia skuad kebangsaan itu merupakan aset penting yang dimiliki Kelantan selain daripada NorShahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat. Kesungguhan yang dipamerkan oleh anak muda ini kini benar-benar ditagih memandangkan The Red Warriors bakal menentang 'tenaga muda' skuad pelapis kebangsaan, Harimau Muda A.

Msekipun Shakir tidak sepopular Khairul Fahmi Che Mat dan NorShahrul Idlan Talaha, beliau tetap dipuja oleh para penyokong Kelantan sebagai 'pengganti' Kapten Kelantan ketika ini iaitu Mohd badri Radzi atau lebih dikenali dengan panggilan Piya.

Shakir yang dibeli daripada kelab UPB-MyTeam pada musim lalu kini semakin membiasakan diri dengan corak permainan The Red Warriors yang ala 'Barcelona' kerana skuad Kelantan amat mementingkan Total Football dalam sebarang aksi mereka.

Jumaat ini bakal menjadi titik tolak kepada kebangkitan Shakir yang sebelum ini dianggap kurang menyerlah dalam kesebelasan utama. Pastinya beliau kini perlu memperbaiki teknik sepakan jarak jauhnya yang sebelum ini jelas mengecewakan para penyokong. Andainya Shakir bangkit, Harimau Muda A bakal terumbang-ambing.

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...