Sabtu, 2 April 2011

Sang Kijang Bikin Anak Harimau Patah Kaki Di Kota Bharu.


Skuad Kijang kini semakin bergaya menguasai takhta Liga Super
Malaysia dengan kelebihan 17 mata setelah menempuhi 8 perlawanan
kesemuanya setakat ini. Kemenangan 2 gol berbalas 1 gol sudah
memadai untuk memastikan Kelantan memperoleh 3 mata penuh.

Perlawanan cukup menarik dengan Kelantan dan Harimau Muda A
berbalas-balas serangan dalam memastikan mereka mampu memberikan tekanan antara satu sama lain.

Namun begitu, peluang lebih berpihak kepada skuad The Red Warriors apabila Solehin bijak memanfaatkan kelalaian pemain pertahanan yang diketuai Fadhli Shas yang tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-11. Gol itu jelas sekali menggembirakan kira-kira 15,000 penyokong setia The Red Warriors yang sanggup datang meskipun sedar cuaca yang agak kurang menentu di Negeri Che Siti Wan Kembang itu.

Pada minit ke-24,Pemain terpantas Red Warriors,S.Chanturu berjaya merobek gawang Harimau Muda A untuk menghadiahkan gol kedua pasukan tuan rumah. Jaringan itu telah memberikan lebih keselesaan kepada Kelantan ,namun, pada akhir lewat perlawanan menyaksikan penjaring gol skuad olimpik negara, Irfan Fazail mengurangkan sedikit defisit gol.

Aksi babak kedua hanya menyaksikan Kelantan terus kempunan untuk terus meledak apabila gandingan Matyo dan Chanturu gagal memecah kubu kuat Harimau Muda A meskipun terdapat beberapa peluang terbaik yang boleh dianggap sebagai Kelantan bakal berpesta gol. Namun begitu, kerana terlalu ghairah melakukan percubaan terutama daripada matyo dan chanturu membawa kerugian kepada pasukan TRW.

Selepas ini Kelantan bakal meneruskan cabaran dengan menentang pasukan kelab Kuala Lumpur, Felda United. Apa-apa pun diharap Kelantan memperbaiki segala kelemahan yang ada dan kembali memperkukuhkan keserasian di bahagian jentera hadapan The Red Warriors.

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...