Selasa, 30 Julai 2013

Tiada sehebat Badhri Radzi, The Marvel Captain


Piya muncul Pemain Terbaik Final Piala FA 2013
Tidak dapat dinafikan bahawa Badhri Radzi merupakan antara pemain tengah terbaik dalam kancah Liga Malaysia pada ketika ini. Dengan memiliki keupayaan merencanakan serangan serta mampu menjaringkan gol pada situasi bola mati, kapten The Red Warriors ini dilihat cukup berbahaya dan digeruni oleh mana-mana pasukan dalam arena bolasepak Malaysia.

Setakat ini, kapten The Red Warriors yang lebih dikenali sebagai Piya ini telah membuat lebih 200 penampilan dan beliau juga telah menjaringkan lebih 70 gol sepanjang 6 musim bersama The Red Warriors. Ternyata Piya sudah pasti mampu berbangga dengan rekod yang dimilikinya apabila beliau berjaya memimpin rakan sepasukan untuk memenangi Piala FA dua tahun berturut-turut walaupun pada awalnya Kelantan sedikit kecewa dengan kegagalan untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super yang dimenangi musim lalu. 

Walau Piya semakin berusia, namun beliau semakin berbisa

Kini sudah pasti Piya sedang membuat persiapan bagi menghadapi kancah Piala Malaysia 2013 yang akan membuka tirainya selepas Syawal nanti. Walau bagaimanapun, Piya pada ketika lebih fokus untuk memulihkan kecergasan diri setelah sebelum ini beliau mengalami kecederaan hamstring. 

Piya yang kini mula menghampiri usia 31 tahun, tidak pernah memikirkan tentang persaraan memandangkan semua itu masih awal untuk difikirkan. Sebagai tonggak penting kepada The Red Warriors, sudah pasti Piya inginkan suatu yang terbaik kepada pasukan dan memacu pasukan ke arah kejuaraan yang berganda. 



Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...