Ahad, 28 Julai 2013

The Red Warriors bakal berentap bersama dua gergasi Pantai Timur



Ternyata kancah bolasepak Malaysia akan diteruskan dengan tirai piala paling berprestij iaitu Piala Malaysia 2013 yang mana pada edisi yang ke-87 ini dilihat akan memberikan lebih drama, lebih impak dan lebih meriah kepada para pencinta bolasepak negara kita. Tidak dapat dinafikan bahawa pasukan Kelantan bakal diuji dengan diletakkan dalam Kumpulan C bersama dua gergasi Pantai Timur, iaitu Terengganu dan Pahang serta tidak lupa juga Juara Piala Malaysia 2011, Negeri Sembilan yang dijangka mampu memberikan tentangan yang sengit kepada tiga pasukan dari Pantai Timur. 

Norfarhan Muhammad sekali lagi bakal menjadi penggempur utama The Red Warriors dalam saingan Piala Malaysia nanti.
Foto : Kosmo!

Memang agak sukar untuk ditelan oleh para ribuan penyokong setia The Red Warriors, tetapi inilah hakikatnya. Kelantan perlu mempersiapkan diri selengkapnya bagi memastikan mereka mampu untuk bersaing dengan tiga pasukan dalam Kumpulan C seterusnya melayakkan diri ke pusingan yang berikutnya. Dengan kejayaan muncul selaku Juara Piala FA 2013 setelah menumbangkan Johor Darul Takzim pada bulan Jun lalu, kini Kelantan berada pada landasan yang begitu tepat untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi pada musim lalu.

The Red Warriors kini berada dalam kelas tersendiri.

Meskipun Kelantan dilihat begitu pincang pada awal musim ini, namun, percaturan ketua jurulatih, Bojan Hodak kini sudah menampakkan hasil di samping para pemain juga mula mendapatkan keserasian bermain di atas padang walaupun pada awalnya mereka dilihat gagal untuk mempamerkan rentak permainan yang meyakinkan. Walaupun Kelantan gagal untuk mengulangi kejayaan muncul selaku Juara Liga Super 2012, namun kedudukan mereka selaku pasukan empat teratas Liga Super pada musim ini seharusnya diberi pujian.

Kejayaan merangkul kejuaraan Piala FA dua tahun berturut-turut kembali menaikkan semangat The Red Warriors.

Apa-apa pun, Liga Super dan Piala FA sudah pun berakhir. Kini bermulalah episod baru Piala Malaysia 2013 dan di sinilah bermulanya detik kebangkitan The Red Warriors. Ayuh bangkit The Red Warriors!
Foto: Liga FAM

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...