Keputusan Penuh Perlawanan Persahabatan Antarabangsa
KELANTAN 1-1 PELITA JAYA FC
KELANTAN FA
Norhadi Ubaidillah (Gk), Wan Rohaimi Ismail, Jocip Bonasil, Daudsu Jamaludin (S.Subramaniam), Aziz Ismail, Nurul Azwan Roya, Mohd Badri Radzi (Kp), Mohd Izuan Salahudin (Wan Zaman Mustapha), Khairan Ezuan Razali (Zulyusri Che Harun), Nidzad Ayub dan Ramzul Zahini Adenan (Danial Fadzly Abdullah).
PELITA JAYA FC.
Ali Barkah (Gk) (Kadek Wardana), Gilang Ginarsa (Andesi Prabowo), Edi Hafid, Egi Melgiansyah (Kp), Joko Sasongko, Dedi Kusiyamdar, Ruben Sanadi (Tri Ahmad), Magdis Faris (Ipan Prianto), Engel Berd (Apriansyah), Mustapha Aji (Riyandi Ramadana) dan Abdul Rahman.

Perlawanan persahabatan pada malam tadi ternyata benar-benar menghiburkan kira-kira 20,000 penyokong setia The Red Warriors meskipun perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1. Ini merupakan kali pertama dalam sejarah bolasepak Kelantan apabila stadium dipenuhi secara 'lebih muatan' pada perlawanan persahabatan. Yang pasti perlawanan dua pasukan dari serumpun itu disaksikan bukan di Malaysia sahaja, malah turut mendapat perhatian penyokong-penyokong bolasepak di Indonesia.
Kelantan menurunkan barisan yang terbaiknya meskipun mereka rata-rata dibarisi dengan pemain simpanan seperti Khairan Ezuan,Wan Rohaimi, Aziz Ismail dan Nizad Ayub. Paling manis, Kelantan menurunkan pemain import jemputan, Jocil Bonacil untuk merencanakan serangan The Red Warriors. Di posisi gawang Kelantan pula, Coach Datuk M.Karathu bertindak berani apabila meletakkan tanggungjawab selaku penjaga gol kepada pemain muda, Norhadi Ubaidillah menggantikan penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat.
Perlawanan separuh masa pertama lebih dikuasai Kelantan dengan menyaksikan Kapten Kelantan, Badri Radzi hampir-hampir meletakkan Kelantan di depan pada minit ke15 menerusi sepakan percuma deras namun sepakan tersebut singgah ke tiang gol Pelita Jaya yang dikawal penjaga gol pelawat, Ali Barkah. Nizad Ayub juga kerap kali mencemaskan pasukan Pelita Jaya namun percubaannya sekadar meliar.
Separuh masa kedua menyaksikan perlawanan mula seimbang dengan kedua-dua pasukan melakukan serangan pantas hinggalah Kelantan memperoleh gol pertama perlawanan pada minit ke-71 menerusi Izuan Solahuddin. Jaringan tersebut terhasil setelah Izuan bijak memanfaatkan hantaran Kapten, Badri Radzi sebelum pemain itu melakukan sedikit gelecekkan ke atas Ali barkah, penjaga gol Pelita Jaya.
Kekebalan Norhadi Ubaidillah ternyata hanya sehingga 90 minit apabila pemain Pelita Jaya berjaya meledakkan gol penyamaan menerusi Joko Sasongko untuk memastikan pasukannya tidak pulang hampa.
Keputusan 1-1 kekal hingga tamat perlawanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan