Khamis, 27 Oktober 2011

Pahlawan Merah, Jasamu Dikenang


Sedih dan pilu untuk menggambarkan pemergian beberapa pemain The Red Warriors yang digugurkan oleh KAFA untuk musim depan. Mungkin faktor usia membataskan pemain-pemain ini untuk terus menabur bakti bersama Sang Kijang yang sejak akhir-akhir ini mengenakan corak permainan yang cukup laju dan lebih berskill 'Xavism'. Pemain yang digugurkan diharap mampu meneruskan karier mereka dengan lebih cemerlang tanpa mudah patah semangat..

Antara pemain yang dilepaskan ialah Norhadi Ubaidillah, Wan Rohaimi Wan Ismail, Wan Zaman Wan Mustapha, Khairan Eruan Razali, Khairan Eroza Razali, Khalid Jamlus, Solehin Kanasian Abdullah, Daniel Fadzly Abdullah dan Zul Yusri Che Harun, manakala penjaga gol veteran, Mohd. Halim Napi mengambil keputusan untuk bersara daripada arena bola sepak.


(Wan Rohaimi Wan Ismail)

(Danial Fadly Abdullah)

(Wan Zaman Wan Mustapha)

(Khalid Jamlus)

(Norhadi Ubaidillah)

(Zul Yusri Che Harun)

(Khairan Eroza Razali)

(Halim Napi)


A R Bakal Meninggalkan The Red Warriors musim depan?

Nurul Azwan Roya antara pemain penting yang
banyak membantu Kelantan memenangi beberapa
trofi prestij musim ini.

Dalam kebanyakan pemain-pemain The Red Warriors cuba memperbaharui kontrak masing-masing untuk dua atau tiga musim lagi, kini tinggal pemain nombor 12 Kelantan, Nurul Azwan Roya yang masih memberikan seribu tanda tanya kepada pengurusan KAFA. Mungkinkah pemain yang lebih mesra dengan nama samaran 'awe' itu sudah mendapat tawaran dari kelab lain sehingga menjadikannya serba salah untuk meneruskan perjuangan bersama rakan sepasukan The Red Warriors? Awe oh awe..

Kepantasan mengelicik bola dan skill yang tinggi
sememangnya menjadi senjata utama Nurul Azwan Roya.

Menurut sumber yang boleh dipercayai dari KAFA, Awe dikatakan masih belum memberikan tanda-tanda positif untuk kekal di Kelantan dan dijangka pemain tersebut bakal berhijrah musim hadapan. Dikhabarkan beberapa kelab ternama lain sudah mengintai awe terutama sekali Selangor FA, Kedah FA dan ATM. Tidak dapat dinafikan juga terdapat tawaran daripada bekas kelab lamanya, Johor FC namun semuanya kini terserah kepada pemain 'lipas kudung' itu untuk membuat keputusan. 

Kelantan pasti bakal merasai kehilangan penyerang
berbisa ini kerana setiap gerakannya mampu menghasilkan gol.


Apa-apa pun pemergian awe pasti akan ditangisi oleh para penyokong setia The Red Warriors dan jika benar awe bakal meninggalkan Kelantan musim hadapan, para penyokong mengucapkan selamat maju jaya dan jangan serik-serik lah untuk ke Kelantan lagi musim yang akan datang..

P/S : Terkini!!!! Nurul Azwan Roya akhirnya setuju menandatangani kontrak bersama TRW untuk musim 2012... TAHNIAH AWE....GO THE RED WARRIORS GO!

Ahad, 23 Oktober 2011

Amirul Hadi Zainal ke Kelantan?

Amirul antara nama besar yang bakal berhijrah ke Kelantan.

Musim 2012 bakal menyaksikan The Red Warriors bakal melakukan satu transformasi besar dalam pasukan mereka dengan dijangka mendapat peruntukan yang besar untuk dibelanjakan. Dengan Kelantan bakal kehilangan Rizal, Chanturu dan Piya, The Red Warriors dilihat sudah mula mengorak langkah dengan menyenaraikan beberapa nama besar untuk diserapkan ke dalam 'Super Warriors' musim hadapan.



Amirul Hadi Zainal antara watak yang tidak mustahil mampu memberi impak baru kepada corak permainan The Red Warriors memandangkan pemain skuad kebangsaan itu juga pernah menjulang Selangor sebagai Juara Liga Super 2010 dan Juara Piala FA 2009. Sikapnya yang cukup berdisiplin di atas padang serta semangat juang yang tinggi sememangnya cukup dikenali dan disegani dalam kancah Liga Malaysia.

Khairul Fahmi Che Mat(kiri) dan (kanan)Amirul Hadi Zainal dikatakan
bakal trade in antara satu sama lain.


Terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa Selangor FA ingin berunding dengan Kelantan FA untuk melakukan 'trade in' diantara Khairul Fahmi Che Mat dengan Amirul Hadi Zainal. Namun begitu, kesahihan info tersebut akan segera penulis dapatkan agar para penyokong tidak tertipu dengan omong kosong pihak yang tidak bertanggungjawab.


Rabu, 19 Oktober 2011

Kelantan Sudah Sedia Lepaskan Piya?

Badri Radzi pasti akan terus dikenang sebagai wira 'The Red Warriors' sampai bila-bila
Credit Pic : Wawan Faiz

Sejak akhir-akhir ini rumour tentang perpindahan 5 pemain utama The Red Warriors semakin hangat untuk diperkatakan. Terbaru, Kapten pasukan, Mohd Badri Radzi dikatakan sudah sedia untuk keluar dari 'zon selesa' setelah sekian lama menabur bakti bersama pasukan gergasi bolasepak Malaysia itu. Yang pasti, kegagalan layak ke Separuh Akhir Piala Malaysia musim ini bukanlah penyebab utama pemain berumur 30 tahun itu ingin berhijrah dari skuad The Red Warriors.

Para penyokong pastinya amat menantikan pasukan manakah yang bakal menjadi tempat penghijrahan Piya dan antara kelab yang tersenarai ialah Selangor FA dan Kedah FA. Tidak mustahil jika beliau berhijrah ke sana memandangkan kedua-dua pasukan tersebut kini mengalami masalah untuk menghidupkan jentera 'tengah' dan serangan. Hal ini dibuktikan apabila kedua-dua pasukan bergelut untuk mencapai kemenangan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Sudah tiba masanya untuk Piya mengembangkan kariernya di luar Kelantan.
Credit Pic : Shazli

Namun begitu, kemungkinan Piya akan ke Selangor adalah tinggi memandangkan kelab itu juga sudah sedia untuk membawanya ke Shah Alam. Di kem Kelantan, impak ketiadaan pemain itu kelak pasti tidak akan merencatkan persiapan musim 2012 dengan Kelantan bakal berbelanja besar untuk membawa lebih ramai pemain bintang termasuklah beberapa pemain import.

Tugas selaku kapten sudah pasti akan digalas penolongnya, Norshahrul Idlan Talaha yang dilihat bakal kekal bersama The Red Warriors untuk tempoh beberapa tahun. Dengan pengalaman bersama skuad Kebangsaan dan sokongan padu penyokong setia The Red Warriors, Matyo antara watak yang mampu mengubah tempo permainan Sang Kijang ke arah yang lebih cemerlang kelak.

GOMO KELATE GOMO!! THE RED WARRIORS JUARA LIGA SUPER DAN JUARA PIALA SUMBANGSIH!!

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...