Khamis, 4 Disember 2014

The Red Warriors 2015: Norhafiz Zamani Misbah? Apa kata anda?

Musim 2015 bakal menyaksikan kelibat seorang pemain pertahanan berkaliber serta berpengalaman, Norhafiz Zamani Misbah menyarung jersi The Red Warriors. Pemain yang berumur 33 tahun ini pernah dinobatkan sebagai Pemain Pertahanan Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan tahun 2011 yang pada ketika itu beliau mewakili pasukan Negeri Sembilan. Prestasi kurang konsisten skuad Negeri Sembilan telah menyaksikan Norhafiz Zamani Misbah ini seakan-akan hilang dari radar bolasepak Malaysia khususnya dalam kalangan media arena bolasepak tempatan.

Ternyata musim 2015 menjadi satu detik kebangkitan untuk bekas kapten kebangsaan yang sudah membuat penampilan kira-kira 80 kali bersama skuad Harimau Malaya. Pilihan beliau dilihat sebagai pilihan yang cukup tepat dalam memastikan dirinya mampu terus menyumbang kepada kerancakan bolasepak di Malaysia yang pada ketika ini semakin mendapat sokongan para penyokong setia pasukan masing-masing. Untuk rekod, beliau sudah melengkapkan penampilan ke-90 bersama Negeri Sembilan musim lalu. 

Kini beliau bakal merasai suasana yang baru di samping rakan sepasukan baru seperti Pemain Paling Bernilai 2013 iaitu Badhri Radzi, Wan Zaharulnizam, Nik Shahrul Azim dan juga Ahmad Fakri Saarani. Kemasukan Norhafiz dilihat berupaya untuk menyelesaikan masalah kelonggaran di bahagian pertahanan The Red Warriors yang begitu pincang pada musim ini  yang menyaksikan skuad The Red Warriors bolos 29 gol daripada 22 perlawanan Liga Super 2014. Jelas sekali ketiadaan pertahanan import kental, Obinna Nwaneiri memberi impak terhadap persembahan The Red Warriors musim ini di samping persembahan buruk daripada pertahanan Hussein Ala Salman yang tidak mempamerkan aksi yang sepatutnya ditunjukkan oleh seseorang pemain import.
Norhafiz antara pertahanan terbaik yang pernah
dimiliki oleh skuad Harimau Malaya

Meniti usia 33 tahun, belum terlambat sebenarnya untuk Norhafiz menabur bakti bersama Kelantan memandangkan pemain ini masih memiliki keupayaan yang baik seperti mana pemain sezaman dengannya seperti Indraputra Mahayuddin, Amri Yahyah, Shukor Adan, dan juga Hairuddin Omar. Apa yang penting, para penyokong The Red Warriors perlu memberi sokongan serta keyakinan 100 peratus kepada barisan terbaru The Red Warriors musim 2015 yang dilihat berupaya mengembalikan kegemilangan bolasepak The Red Warriors untuk terus menjadi antara pasukan terbaik dalam arena bolasepak Malaysia.

Kepimpinan yang ada pada Norhafiz juga dilihat sebagai satu aset penting dalam 'mendidik' beberapa pemain pertahanan muda The Red Warriors seperti Nik Shahrul Azim dan Tuan Faim dalam memperkemaskan lagi corak persembahan yang lebih berdisiplin bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan yang lebih mencabar. 

Khamis, 10 Julai 2014

Norfarhan Muhammad kembali bersama The Red Warriors musim 2015?

BEN10 kembali bersama The Red Warriors musim 2015?


Ternyata kehilangan Norfarhan Muhammad musim ini telah menimbulkan kepincangan di bahagian serangan The Red Warriors. Norfarhan yang lebih mesra dengan panggilan BEN10 dalam kalangan ribuan penyokong setia The Red Warriors turut menghadapi masalah untuk meledakkan jaringan bersama Sang Penyu, Terengganu FA di samping beliau juga dihantui dengan masalah kecederaan. 

Walau bagaimanapun, Farhan yang telah membuat membuat penampilan sebanyak 134 kali bersama The Red Warriors dilihat bakal pulang ke Kota Bharu untuk musim 2015. Beliau bakal kembali menyarung jersi nombor 10 The Red Warriors setelah desas desus bertiup kencang mengatakan bahawa Francis Forkey Doe bakal meninggalkan Kelantan FA pada akhir musim ini. Berita ini sudah pasti meyakinkan lagi berita tentang kepulangan pemain kelahiran Terengganu yang kini berusia 29 tahun.




Jika dilihat dan dibuat perbandingan antara musim 2013 dengan musim 2014, Ben10 jelas sekali lebih memberi impak kepada pasukan yang diwakili pada musim lalu dengan beliau berupaya menjulang Kelantan sebagai Juara Piala FA Malaysia musim 2013.  Untuk musim 2015, Kelantan dijangka membawa masuk sekurang-kurangnya 3 bekas pemain The Red Warriors, dan sudah pasti BEN10 antara calon terbaik untuk membarisi skuad The Red Warriors musim hadapan.





Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...