Sabtu, 4 Februari 2012

Ghaddar, Antwi belum cukup bagus?

Ghaddar mungkin memerlukan lebih masa untuk lebih sesuaikan diri.

Antwi masih belum mampu yakinkan peminat The Red Warriors.

Cukup sedih untuk membayangkan pemergian dua pemain import ini dari Skuad Liga Super The Red Warriors apabila mereka dikhabarkan bakal digugurkan diatas persembahan yang longlai sebelum ini. Walau bagaimanapun, admin rasa mereka sepatutnya diberi lebih banyak peluang untuk membuktikan kebolehan mereka yang sebenar memandangkan saingan Liga Super Malaysia masih lagi awal. 

Peter James Butler juga seharusnya bimbang tentang kedudukannya
di Kelantan diatas persembahan hambar anak didiknya sejak akhir-akhir ini.
Photo Credit : J Photography



Mengapa perlunya terburu-buru menggugurkan pemain-pemain ini? admin tidak merasakan pemain menjadi masalah kepada kemerosotan prestasi The Red Warriors sebaliknya secara peribadinya admin menyalahkan jurulatih Kelantan, Peter James Butler yang tidak berani membuat sesuatu keputusan yang lebih bijak. Beliau seharusnya memikirkan corak permainan yang sesuai dan 'selesa' kepada anak didiknya di atas padang, bukannya untuk melihat 'aksi cantik' semata-mata..

Ghaddar masih kemarau jaringan bersama The Red Warriors.

Seperti mana-mana sedia maklum, penyerang pastinya berperanan untuk menjaringkan gol dan jumlah jaringan yang dilakukan pastinya akan membuktikan kehebatan seseorang pemain bolasepak yang bergelar penyerang. Oleh itu, admin tidak melihat Muhamad Ghaddar dan Dennis Antwi leka di atas padang sebaliknya mereka selalu 'struggle' dalam memastikan kejayaan The Red Warriors dalam sesuatu perlawanan.  Jika anda masih ingat, penyerang terbaik dunia seperti Fernando Torres dan Cristiano Ronaldo juga memerlukan masa dan ruang di tempat baru sebelum mereka masing-masing meledak gol-gol penting yang sekaligus menutup kritikan pedas media dan para peminat mereka.


Admin melihat Dennis Antwi mempunyai prospek yang cukup cerah memandangkan pemain dari Ghana itu masih muda dan berkebolehan tinggi di atas padang apatah lagi beliau cukup serasi untuk digandingkan dengan penyerang terbaik kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha. Admin percaya sekiranya Antwi diberi sedikit peluang dan ruang untuk terus kekal bersama Kelantan, tidak mustahil keajaiban akan berlaku. Apa-apa pun, hanya pihak pengurusan KAFA yang bakal menentukan sama ada nasib dua awang import ini terus kekal bermain di stadium keramat The Red Warriors atau sebaliknya..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hi! Do you use Twitter? I'd like to follow you if that would be ok. I'm undoubtedly enjoying your blog and
look forward to new updates.
Feel free to visit my webpage :: latest real madrid transfer rumours

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...