Jumaat, 2 Ogos 2013

Norfarhan bukan untuk dijual!


Norfarhan semakin menemui sentuhan pemusnahnya.

Penjaring gol tunggal Final Piala FA 2013, Norfarhan Muhammad kini menjadi rebutan ramai tatkala pada ketika ini beliau terus mempamerkan aksi terpuji dalam saingan Liga Super dan juga aksi Piala FA yang menyaksikan Kelantan menjulang piala berprestij itu buat kali yang kedua berturut-turut. Kejayaan ini sekaligus menebus kehampaan beliau yang tidak dapat beraksi dalam saingan Final Piala FA musim lalu akibat pergantungan.

Menjelang musim 2014 yang pasti akan menjanjikan lebih drama dan persaingan sengit dalam kalangan pasukan elit bolasepak Malaysia. Dan bintang bolasepak profesional seperti Farhan tidak berkecuali dan kini dilihat berjaya menarik minat beberapa pasukan lain yang semestinya begitu menagih khidmat pemain yang berasal dari Wakaf Tapai, Terengganu ini. Ternyata dengan memiliki rembatan yang padu serta kelicikan menggelecek pihak lawan, ia menjadikan farhan antara striker yang begitu digeruni dalam arena bolasepak negara sejak akhir-akhir ini. 
Norfarhan antara kekuatan The Red Warriors
musim ini.

Walaupun sudah terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu ingin membawa pulang semua pemain kelahiran Terengganu untuk menyarung jersi Sang Peteh musim hadapan, Norfarhan dilihat mungkin akan terkecuali. Ini berikutan situasi pemain itu sendiri yang masih selesa untuk terus beraksi bersama The Red Warriors setelah satu demi satu kejayaan yang berjaya dicipta bersama The Red Warriors. Namun begitu, sudah pasti tawaran gaji yang lumayan akan menjadi kayu pengukur kepada seseorang pemain untuk kekal. 

Jika dilihat kepada prestasi Farhan, beliau sememangnya layak untuk ditawarkan kontrak baru ataupun diberikan gaji yang sedikit lumayan dari pihak KAFA. Sesungguhnya arena bolasepak negara pada hari ini begitu sengit apabila Johor Darul Takzim dilihat lebih 'berkuasa' memandangkan mereka mempunyai kuasa wang yang begitu besar berbanding pasukan lain dalam kancah liga Malaysia.
Norfarhan sewaktu menjaringkan gol pada Final FA Cup 2013.


Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...