Rabu, 19 Oktober 2011

Kelantan Sudah Sedia Lepaskan Piya?

Badri Radzi pasti akan terus dikenang sebagai wira 'The Red Warriors' sampai bila-bila
Credit Pic : Wawan Faiz

Sejak akhir-akhir ini rumour tentang perpindahan 5 pemain utama The Red Warriors semakin hangat untuk diperkatakan. Terbaru, Kapten pasukan, Mohd Badri Radzi dikatakan sudah sedia untuk keluar dari 'zon selesa' setelah sekian lama menabur bakti bersama pasukan gergasi bolasepak Malaysia itu. Yang pasti, kegagalan layak ke Separuh Akhir Piala Malaysia musim ini bukanlah penyebab utama pemain berumur 30 tahun itu ingin berhijrah dari skuad The Red Warriors.

Para penyokong pastinya amat menantikan pasukan manakah yang bakal menjadi tempat penghijrahan Piya dan antara kelab yang tersenarai ialah Selangor FA dan Kedah FA. Tidak mustahil jika beliau berhijrah ke sana memandangkan kedua-dua pasukan tersebut kini mengalami masalah untuk menghidupkan jentera 'tengah' dan serangan. Hal ini dibuktikan apabila kedua-dua pasukan bergelut untuk mencapai kemenangan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Sudah tiba masanya untuk Piya mengembangkan kariernya di luar Kelantan.
Credit Pic : Shazli

Namun begitu, kemungkinan Piya akan ke Selangor adalah tinggi memandangkan kelab itu juga sudah sedia untuk membawanya ke Shah Alam. Di kem Kelantan, impak ketiadaan pemain itu kelak pasti tidak akan merencatkan persiapan musim 2012 dengan Kelantan bakal berbelanja besar untuk membawa lebih ramai pemain bintang termasuklah beberapa pemain import.

Tugas selaku kapten sudah pasti akan digalas penolongnya, Norshahrul Idlan Talaha yang dilihat bakal kekal bersama The Red Warriors untuk tempoh beberapa tahun. Dengan pengalaman bersama skuad Kebangsaan dan sokongan padu penyokong setia The Red Warriors, Matyo antara watak yang mampu mengubah tempo permainan Sang Kijang ke arah yang lebih cemerlang kelak.

GOMO KELATE GOMO!! THE RED WARRIORS JUARA LIGA SUPER DAN JUARA PIALA SUMBANGSIH!!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

selamat tinggal piya,,xkisoh sangat,,coz dia xkonsisten

AMIR berkata...

Please, Jange G Piya... Kelate Adalah Wajah PIYA!!!

ijatav88 berkata...

arak ko dok ni kea lipak..

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...