Rabu, 31 Julai 2013

Nazrin Nawi bakal menyarung jersi The Red Warriors musim 2014?

Nazrin Nawi pernah dipanggil Rajagobal baru-baru ini.

Nazrin Nawi antara nama yang disebut bakal membarisi
The Red Warriors musim hadapan.

Musim perpindahan sudah pasti akan menjadi lebih menarik musim ini dengan beberapa pasukan baik pasukan negeri mahupun pasukan kelab kini semakin giat memperkuatkan pasukan masing-masing untuk mengharungi musim 2014 yang penuh mencabar. Namun begitu, sudah pasti para penyokong The Red Warriors ingin mengetahui nama-nama pemain yang mungkin akan menukar angin untuk bersama Juara Piala FA 2013 itu.

Apa yang pasti, The Red Warriors pada musim hadapan hanya mahu membawa masuk pemain-pemain muda serta yang berbakat berbanding memancing pemain bintang serta ternama yang belum pasti mampu memberi impak kepada kejayaan dalam pasukan. Terbaru, dikhabarkan pemain muda kelahiran Kelantan, Nazrin Nawi dijangka bakal bersama pasukan negeri kelahirannya pada musim hadapan. Nazrin yang kini masih bersama Negeri Sembilan telah mempamerkan aksi terpuji dalam beberapa perlawanan walaupun musim ini menyaksikan pasukan yang diwakili akan diturunkan ke kancah Liga Premier setelah gagal untuk meloloskan diri dari zon penyingkiran. 

Nazrin Nawi yang berasal dari Tumpat, Kelantan ini memiliki keupayaan untuk beraksi di beberapa posisi serangan iaitu di posisi midfielder, Attacking Midfielder, dan juga mampu beraksi sebagai pemain sayap. Aksi cemerlang yang dipamerkan oleh Nazrin ternyata telah menarik minat ketua jurulatih Harimau Malaya, apabila namanya dipanggil pada 5 Julai lalu. Terbaru, Nazrin Nawi muncul wira Negeri Sembilan apabila beliau berjaya membawa pasukannya beraksi dalam saingan Piala Malaysia 2013 setelah Nazrin menyumbangkan 3 gol pada perlawanan "playoff" Piala Malaysia 2013 di antara Negeri Sembilan dengan Sabah FA yang berkesudahan mereka menang 3-0.


Berikut adalah perjalanan karier bolasepak Nazrin Nawi sejak tahun 2009 :
2009-2010UPB-MyTeam?(1)
2010-2011KL Plus?(3)
2011-2012Kuala Lumpur18(0)
2012-2013Negeri Sembilan26(6)
2014Kelantan FA?

Dikhabarkan pengurusan Negeri Sembilan FA tidak akan melepaskan Nazrin Nawi kepada mana-mana pasukan untuk musim hadapan memandangkan pemain berumur 25 tahun itu merupakan pencetus gerakan dalam pasukan sejak akhir-akhir ini.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wajarkah Nazrin Nawi berhijrah ke Kelantan? Sila komen..

Tanpa Nama berkata...

Wajar.. dia berhak tentukan masa depan.. Negeri Sembilan tak boleh sekat dia, itu hak dia.. Good Luck Nazrin.

Tanpa Nama berkata...

Setuju Nazrin kuar dari Nesmilan.. Better dia cari kelab dalam saingan Liga Super untuk mantapkan performance dia.. Go Nazrin!


From- LionXII Fans~

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju kalau Nazrin ke Kelantan. Dan tiba masa dia berbakti di negeri sendiri.. dah lama kot dia main kat negeri orang.. ayuh Nazrin balik dumahh terr~

_Mat BidahTRW

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...