Blog Ini Memaparkan Tentang Perkembangan Bolasepak Malaysia Khususnya Bagi Pasukan Kelantan FA The Red Warriors. Berita Terkini Dan Rumours Transfer Musim 2015 Turut Dimuatkan Dalam Blog Ini. "Be Part Of Champions Team"
Ahad, 26 Jun 2011
Khamis, 16 Jun 2011
Likas Bakal Menentukan Segalanya Bagi The Red Warriors
Perlawanan terakhir Kelantan di Likas bakal menentukan sama ada mereka berhak menggengam trofi Liga Super musim ini atau sebaliknya. Ini kerana mereka pada ketika ini disaing rapat oleh Selangor dan Terengganu. Mengikut sejarah bolasepak Kelantan, mereka tidak pernah memenangi kejohanan liga seprestij Liga Super memandangkan beberapa puluh tahun kebelakangan itu, mereka sering terperosok di corot liga akibat krisis kewangan dan masalah dalaman pasukan. Namun begitu, kini Kelantan kembali bangkit dan terus gah selaku antara kuasa besar bolasepak Malaysia pada abad ini.
Selangor pastinya tidak ingin melihat
Kelantan merampas kejuaraan Liga Super
musim ini daripada mereka.
Jika sebelum ini Kelantan sukar mengatasi Selangor dan Terengganu, namun kini Kelantan mampu melakar kemenangan besar di Shah Alam dengan kemenangan 5-1 pada saingan Piala FA dan membenam Terengganu di Kuala Terengganu dengan kemenangan bergaya 3-0.
Sabah mungkin bakal memberi cabaran yang sukar
kepada Kelantan di Likas nanti
Jika ada yang meramal Kelantan hanya mampu ke separuh akhir Piala FA tahun ini disamping target KAFA yang menyasarkan Kelantan perlu mara ke Separuh akhir, namun The Red Warriors membuktikan bahawa mereka mampu melakukan sesuatu yang mustahil apabila mereka mudah ke Final Piala FA musim ini. Meskipun akur dengan kehebatan Terengganu pada Final, puluhan ribu penyokong The Red Warriors tetap mengakui Kelantan musim ini cukup mantap walau hanya mampu berstatus Naib Juara. Kelantan seharusnya bersyukur dengan kejayaan selaku Naib Juara Piala FA jika hendak dibandingkan dengan nasib Selangor yang kempunan awal di Separuh Akhir.
Kini tumpuan peminat bolasepak Malaysia pasti akan tertumpu pada perlawanan akhir Liga Super yang bakal menyaksikan Kelantan akan bertandang ke Likas dalam misi memburu kejuaraan liga buat kali pertama sejak kira-kira 50 tahun berkecimpung dalam arena bolasepak Malaysia.
GOMO THE RED WARRIORS GOMO...GOMO SAMPAI WISEL PENAMAT..
WE'RE RED...WE'RE WARRIORS!!
Rabu, 15 Jun 2011
Kelantan Atasi Perak, Sebelah Tangan Menggengam Trofi Liga Super
Satu gol sudah memadai buat The Red Warriors pada perlawanan dengan Perak semalam untuk memastikan Kelantan terus memungut tiga mata penting dalam dua baki terakhir Liga Super musim ini. Kemenangan itu sedikit sebanyak memulihkan moral pasukan Kelantan yang dilihat agak suram sejak kekalahan pada pentas Final Piala FA lalu. Ternyata Kelantan kini sudah menghampiri kejuaraan Liga Super buat kali pertama dalam sejarah bola sepak Kelantan dan seandainya status gelaran Juara Liga menjadi milik Kelantan, luka pada Final Piala FA pastinya terubat.
Perlawanan malam tadi disaksikan oleh kira-kira 15,000 penyokong setia The Red Warriors yang sememangnya menantikan pertembungan pasukan kesayangannya dengan musuh tradisi, Perak. Walaupun Kelantan tidak mampu merobek sepertimana yang dilakukan Perak di Ipoh,namun begitu, Kelantan sebenarnya turun hanya untuk mendapatkan tiga mata mutlak.
Piya banyak mencipta peluang terbaik untuk Kelantan.
Daudsu antara watak utama yang menjadi pemangkin kepada kejayaan The Red Warriors pada malam semalam. Beliau kerap kali mencipta peluang-peluang terbaik untuk rakan-rakan dan hasil gerakannya membolehkan Norshahrul Idlan merobek gawang Perak pada minit ke-52 perlawanan.
Kelantan agak bernasib baik apabila beberapa pemain utama Perak mengalami kecederaan dan pengantungan. Antaranya ialah penyerang utama Perak, Shafiq Jamal. Akmal Rizal pula tidak mampu beraksi untuk tempoh yang lama apabila pemain itu mengalami kecederaan pada minit ke-25 perlawanan. Segala serangan yang direncanakan Perak selepas itu seakan-akan tidak menjadi dan akhirnya mereka pulang berputih mata.
Penyokong Kelantan pada mulanya agak terkilan apabila Norshahrul gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke20 setelah rembatannya yang lemah mudah dibaca oleh penjaga gol Perak, Nasril Noordin. Percubaan Azwan Roya dan Izuan Salahudin juga turut mengecewakan apabila kedua-dua pemain gagal merembat bola dengan padu. Mungkin juga faktor keletihan yang dialami semasa Final Piala FA masih belum hilang dalam kalangan pemain Kelantan.
Di posisi penjaga gol Kelantan, Shahrizan Ismail dilihat agak tenang memikul tanggungjawab selaku penjaga gol selepas Khairul Fahmi Che Mat dipanggil oleh skuad bolasepak kebangsaan. Ternyata meskipun sudah menjangkau usia 31 tahun, Shahrizan masih lagi cemerlang apabila beliau diberi peluang untuk beraksi dan buktinya beliau masih lagi kebal sepanjang 3 perlawanan yang disertainya musim ini.
Apa-apa pun, Kelantan perlu bersiap sedia dari sekarang agar pertemuan dengan Sabah di Likas pada perlawanan terakhir Liga Super bakal berakhir dengan nota kemenangan buat Kelantan..
Gomo Kelate Gomo!!
Selasa, 14 Jun 2011
Kelantan Perlu Atasi Perak Andainya Ingin Jadi Juara
Kelantan perlu menang kesemua daripada dua baki perlawanan Liga Super mulai malam ini. Namun tugas anak didik Datuk M.Karathu dilihat sedikit berliku memandangkan lawannya ialah Perak yang sebelum ini pernah mengaibkan Kelantan di Ipoh pada pertengahan Liga lalu. Barisan Perak musim ini sememangnya cukup mantap sambil dibantu oleh bekas penyerang Kelantan musim lalu, Akmal Rizal Rakhli yang kini menyarung jersi Seladang.
Pemain itu juga kerap kali berjaya mengucar kacirkan pertahanan The Red Warriors sewaktu Kelantan tumbang 4-0 di Ipoh. Dengan moral pemain Kelantan yang kelihatan susut semenjak tewas Final Piala FA, Perak pastinya tidak mahu melepaskan peluang terbaik ini.
Badri Radzi bakal diberi tugas berat untuk mengembalikan
semangat rakan-rakannya menjelang aksi malam ini.
Walaupun agak terkilan dengan kegagalan membawa pulang Piala FA ke Kelantan, kapten The Red Warriors kini mahu rakan-rakannya kembali mempamerkan aksi terbaik dan menjadikan Perak sebagai mangsa kebangkitan Skuad Kijang dalam misi menjuarai Liga Super buat kali pertama sejak kira-kira 45 tahun.
Beraksi di hadapan ribuan penyokong setia The Red Warriors pada malam ini, Kelantan perlu berwaspada dan tidak lalai seperti mana yang dilakukan sewaktu Final Piala FA. Ini kerana rekod pertemuan Kelantan dengan Perak di Kota Bharu lebih berpihak kepada The Red Warriors.
Tue | 12/04/11 | SUL | Perak | 4 - 0 | Kelantan | View events | More info |
Tue | 01/06/10 | SUL | Kelantan | 2 - 0 | Perak | View events | More info |
Tue | 26/01/10 | SUL | Perak | 0 - 0 | Kelantan | More info | |
Sat | 27/06/09 | SUL | Kelantan | 4 - 0 | Perak | View events | More info |
Tue | 10/02/09 | SUL | Perak | 2 - 3 | Kelantan | View events |
Apex pasti tidak mahu kekalahan besar di Ipoh berulang lagi.
Credit Pic:Wawan Faiz
Bagi penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, kemenangan keatas Perak malam ini mungkin boleh menjadi pengubat kedukaan 11 Jun lalu selain misi Kelantan untuk membalas kekalahan 4-0 di Ipoh tempoh hari. Apex yang dibolosi 4 kali pada perlawanan di Ipoh pastinya tidak ingin lagi menjadi 'ayam' kepada pihak lawan dan beliau akan berusaha sebaik yang mungkin demi memastikan tiga mata milik Kelantan.
Persoalannya, adakah Stadium Sultan Muhammad Ke-IV bakal dipenuhi dengan puluhan ribu penyokong setia The Red Warriors pada malam ini?? atau penyokong hanya akan berada di rumah untuk menyaksikan Kelantan menentang Perak secara LIVE di ASTRO ARENA?
Di mana pun anda berada...Doakanlah kejayaan THE RED WARRIORS!!
Isnin, 13 Jun 2011
Liga Super 2011 : Kelantan VS Perak (Episod Satu)
PERLAWANAN LIGA SUPER 2011
Kelantan Lwn Perak
Di Stadium Sultan Muhammad ke4
pada 14 Jun 2011
Disiarkan secara LIVE menerusi ASTRO ARENA 801
Liga Super kembali membuka tirainya selepas Piala FA berakhir juga pada dua hari lalu. Kelantan yang kecewa akibat kekalahan dramatik pada pentas Piala FA pastinya ingin kembali bangkit agar status mereka selaku pendahulu Liga tidak dirampas oleh seterunya yang lain.
Pertembungan Kelantan dengan Perak pada selasa ini sememangnya cukup dinanti-nantikan oleh pasukan The Red Warriors dan sebilangan besar penyokong setia Kelantan dalam misi menebus aib yang menimpa semasa Kelantan bertandang di Ipoh yang menyaksikan Kelantan kecundang 4-0 di tangan skuad Yop. Pada malam esok, Kelantan bakal turun dengan dua misi iaitu untuk membalas dendam kekalahan 4-0 di Ipoh dan Kelantan juga ingin menjadikan Perak sebagai mangsa pertama kepada kebangkitan mereka setelah tewas pada pentas Final Piala FA.
Kelantan sudah pasti bakal turun dengan semangat yang tinggi dalam misi memastikan
Liga Super musim ini berada dalam dakapan The Red Warriors
Bagi penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha pastinya ingin menebus prestasi hambar pada Final Piala FA lalu dengan membantu Kelantan menewaskan Perak di Kota Bharu. Beliau yang kini sudah meledakkan 16 gol dalam saingan Liga Super musim ini bakal diletakkan selaku peledak utama Kelantan pada malam esok sambil dibantu kapten,Badri Radzi.
Bersambung.....
Jumaat, 10 Jun 2011
Laluan Panas Bakal Dikawal PDRM Menjelang Aksi Final Piala FA
KUALA TERENGGANU – Anggota polis akan ditempatkan di beberapa laluan di sini yang dianggap panas untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini menjelang final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rashid berkata, antara laluan yang dianggap panas itu adalah Plaza Tol Bentong yang merupakan lokasi pertemuan antara penyokong pasukan Terengganu dan Kelantan.
“Ketua Polis Daerah Bentong telah diarahkan untuk menugaskan anggota mereka di beberapa laluan yang dianggap panas menjelang final Piala FA antara pasukan bola sepak Kelantan dan Terengganu,” katanya di sini hari ini.
Selain itu, kata Salleh, polis tidak menolak kemungkinan akan menambah anggota polis dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang akan bertugas menjaga keselamatan awam pada final Piala FA tersebut.
Menurutnya, setakat ini seramai 2,430 anggota dan pegawai polis serta 400 anggota Rela akan ditugaskan menjaga keselamatan pada pertandingan tersebut dan berharap tiada pihak membawa budaya samseng semasa perlawanan berkenaan.
Menurutnya, polis juga akan mengadakan perbincangan dengan pihak terlibat termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia bagi memastikan aspek keselamatan terjamin sepanjang perlawanan berlangsung. – mynewshub.my
Menjelang Final Piala FA : Dua Penjaga Gol Kebangsaan Akan Berentap
Siapakah yang terbaik? Khairul Fahmi atau Sarbinee Allawee?
Khairul Fahmi dan Sarbinee Allawee sememangnya
antara penjaga gol terbaik yang pernah dimiliki arena
bolasepak Malaysia pada era globalisasi ini.
Tanggal 11 Jun bakal menjadi penentu sejauhmanakah aksi dua penjaga gol terbaik kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan Sarbinee Allawee Ramli dalam membantu pasukan masing-masing menjuarai Piala FA musim ini yang dianggap sebagai satu pertembungan yang cukup bersejarah bagi dua gergasi pantai timur ini.
Dengan kedua-duanya kini sering dipanggil bersama skuad kebangsaan, mereka pastinya ingin buktikan kepada jurulatih bahawa mereka adalah yang terbaik tambahan pula Malaysia kini bakal menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2014.
Khairul Fahmi pastinya ingin melakukan yang
terbaik seperti Final Piala Malaysia 2010 apabila
The Red Warriors berjaya muncul Juara pertama kalinya.
Berbalik pada aksi Final sabtu ini, episod perjalanan karier mereka sejak beberapa perlawanan juga agak seimbang. Setakat 24 perlawanan Liga Super musim ini, Khairul Fahmi dilihat agak kebal berbanding seterunya, Sarbinee Allawe. Ini kerana penjaga gol The Red Warriors itu hanya melepaskan 20 gol sepanjang perjalanan pasukannya dalam kancah Liga Super berbanding penjaga gol Sang Peteh yang telah memboloskan 22 gol setakat ini.
Bagi Sarbinee, beliau ingin
menebus kesilapan isnin lalu.
Walau bagaimanapun, semua mengakui bahawa pentas Final Piala FA cukup berbeza jika dibandingkan dengan Liga Super. Kali terakhir Khairul Fahmi beraksi bersama Kelantan adalah semasa mencatatkan kemenangan 1-0 keatas Pahang tempoh hari memandangkan beliau tidak diturunkan pada aksi bertemu dengan Terengganu pada isnin lalu. Bagi Sarbinee Allawee, kali terakhir beliau beraksi ialah sewaktu Terengganu dibaham oleh The Red Warriors di gelanggang sendiri 3-0 pada isnin lalu. Tidak cukup dengan itu, beliau juga telah mengalami kecederaan pada bahagian lutut akibat pertembungan dengan rakan sepasukan, Muhaimin yang dilaporkan mengalami patah kaki akibat rempuhan Sarbinee.
SEMOGA PERLAWANAN FINAL PIALA FA MUSIM INI MAMPU MEMBERI IMPAK YANG BAIK...AYUH WIRA MERAHKU...WE'RE RED...WE'RE WARRIORS...KITO GOMO SENGOTI!!
Rabu, 8 Jun 2011
Benam Terengganu 3-0, Berjaya Ledak 2 gol : Hadiah Istimewa Buat Matyo
Kejayaan membenam Terengganu dan menyumbat 2 gol daripada 3 gol yang dimiliki Kelantan ternyata satu kepuasan bagi pemain prolifik yang bernama Norshahrul Idlan Talaha. Bersempena hari jadi beliau pada hari ini(8 Jun), Matyo sememangnya agak bertuah kerana berjaya untuk menjulang The Red Warriors kembali ke landasan terbaik di samping beliau turut kembali selaku pendahulu senarai penjaring gol terbanyak Liga Super 2011 dengan 16 gol setakat ini.
Skill berkualiti yang dimiliki Norshahrul menjadikan
beliau antara penyerang terbaik Liga Super Musim ini.
“Saya berharap dapat meneruskan rentak cemerlang bagi mengharumkan nama pasukan Kelantan dalam Liga Super musim ini. Dua gol dijaringkan adalah hadiah bermakna kepada saya sendiri selain menyuntik semangat rakan untuk memburu impian menjuarai Liga Super musim ini.
Kejayaan meledakkan 2 gol di Kuala Terengganu
tempoh hari telah menjadikan koleksi golnya 16 gol
untuk mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Super.
“Tapi saya tetap menganggap dia (Abdul Hadi) adalah seorang penyerang yang hebat dan saya juga akan melakukan yang terbaik untuk pasukan ketika bertemu Terengganu dalam saingan final Piala FA nanti,” katanya ketika dihubungi semalam.
Gandingan Norshahrul bersama Izuan juga sudah
mula menampakkan hasil yang lumayan musim ini.
Ketika ini, Norshahrul sememangnya berada prestasi terbaik untuk membantu The Red Warriors menjulang kejuaraan berganda musim ini. Walau bagaimanapun, tekanan ini tidak boleh diletakkan diatas bahu beliau sahaja sebaliknya Kelantan perlu bermain dalam satu pasukan yang mantap untuk mencapai sesuatu kejayaan.
Sentuhan 'magik' Norshahrul sememangnya amat
diperlukan oleh The Red Warriors menjelang aksi
Final Piala FA pada sabtu ini.
Bagi Norshahrul, aksi Final Piala FA pasti berbeza tempo dan corak permainan kedua-dua pasukan namun, beliau yakin Kelantan mampu melakukan yang terbaik jika persefahaman yang mantap seperti aksi di Kuala Terengganu tempoh hari diteladani sebaik mungkin.
SELAMAT HARI JADI YANG KE-25 KEPADA PENYERANG PROLIFIK THE RED WARRIORS, NORSHAHRUL IDLAN TALAHA ....SEMOGA GOMO SOKMO!!
WE'RE RED...WE'RE WARRIORS!!
Selasa, 7 Jun 2011
The Red Warriors Semakin Pasti Selaku Juara Baru Liga Super Malaysia Musim Ini
Kemenangan 3-0 keatas Terengganu semalam bakal
menjadi sandaran buat Kelantan pada Final Piala FA pada 11 Jun ini.
Pasti tiada siapa yang mampu menyangka Kelantan mampu mengalahkan Terengganu di stadium keramat mereka itu malam tadi. Dengan sokongan hampir 12,000 penyokong Sang Peteh yang serba putih hitam sememangnya memberikan sedikit rasa gentar kepada pemain Kelantan namun begitu kehadiran kira-kira 3,000 penyokong Kelantan ternyata menambahkan semangat pemain The Red Warrios untuk berjuang habis-habisan.
Lebih menarik lagi, kejayaan menumbangkan Sang Penyu 3-0 dihadapan hampir 12,000 penyokong mereka sendiri menamatkan badi ‘kekalahan Sang Kijang’ di Kuala Terengganu sejak kira-kira tiga tahun lalu.
Lebih menarik lagi, kejayaan menumbangkan Sang Penyu 3-0 dihadapan hampir 12,000 penyokong mereka sendiri menamatkan badi ‘kekalahan Sang Kijang’ di Kuala Terengganu sejak kira-kira tiga tahun lalu.
Perlawanan malam semalam berlangsung agak lewat berikutan masalah yang berlaku pada jaring gol di pihak Kelantan. Walau bagaimanapun, perlawanan akhirnya bermula tepat pada pukul 9.00 malam dengan Kelantan cuba memulakan serangan ke kubu Terengganu.
Kelantan membuka tirai jaringan seawal minit kelapan menerusi jaringan pemain muda, Mohd Izuan Salahuddin yang bermula dengan serangan pantas, hantaran lintang Mohd Daudsu Jamaluddin ke dalam kotak penalti..Izuan bijak menampan untuk menewaskan Mohd Sharbinee Allawee untuk menjadikan Kedudukan 1-0.
Kelantan membuka tirai jaringan seawal minit kelapan menerusi jaringan pemain muda, Mohd Izuan Salahuddin yang bermula dengan serangan pantas, hantaran lintang Mohd Daudsu Jamaluddin ke dalam kotak penalti..Izuan bijak menampan untuk menewaskan Mohd Sharbinee Allawee untuk menjadikan Kedudukan 1-0.
Terengganu juga seringkali melakukan serangan balas namun kekentalan penjaga gol Kelantan, Shahrizan Ismail berjaya menafikan percubaan berbahaya lawan.
Pada m-35, tuan rumah sekali lagi memperolehi peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan menerusi rembatan cantik Joseph Kalang Tie dari jarak 30 meter namun bola rembatannya terus ke dakapan Mohd Shahrizan.
Minit-minit akhir perlawanan, Kelantan hampir menambahkan gol keduanya apabila sepakan penjuru oleh Muhd Badhri, ditanduk kemas Norshahrul Idlan namun bola terkena bucu palang gol tatkala Mohd Sharbinee Allawee sudahpun tertewas dipintu golnya.
Lima minit babak kedua bersambung, jelas penguasaan milik pasukan tuan rumah apabila penyerang kebangsaan, Abdul Manaf Mamat pantas melakukan hantaran lintang ke dalam kotak penalti namun peluang keemasan tersebut gagal disempurnakan oleh Abdul Hadi Yahaya didepan pintu gol Kelantan.
Beberapa minit kemudian, serangan balas Terengganu sekali lagi mencemaskan pintu gol Kelantan apabila hantaran lambung Abdul Hadi ditampan Ismail Faruqi namun Mohd Shahrizan berada tepat dikedudukannya untuk menyelamatkan pintu golnya daripada dibolosi.
Pujian harus diberikan kepada barisan pemain pertahanan Kelantan yang beraksi cemerlang malam tadi mengekang setiap asakan bertali arus oleh pemain tuan rumah. Malah, kehebatan penjaga gol, Mohd Shahrizan yang tampil kali kedua menjaga gawang harus dibangga kerana menangkis setiap percubaan merbahaya rangkaian penyerang Terengganu terutamanya pada babak kedua perlawanan.
Disebalik keghairahan pasukan Terengganu menyerang bertubi-tubi ke pintu gol Kelantan untuk merapatkan jurang gol akhirnya membawa padah kerana tanpa mereka sedari lima atau pemain mereka berada di kawasan Kelantan dan peluang tersebut digunakan Kelantan untuk melakukan counter-attack. Kapten Kelantan muncul inspirasi gol Kelantan apabila pemain itu bijak membelah pertahanan Terengganu sebelum bijak melorongkan bola kepada rakan..
Matyo bernasib baik apabila beliau tidak terbabit dalam insiden
yang mana Sarbinee cuba menackle namun terkena rakannya, Muhaimin.
Kesilapan penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee yang terburu-buru keluar daripada posisi asal dan berusaha untuk melakukan tackle berbahaya keatas Norshahrul Idlan Talaha. Namun niat buruknya itu seakan-akan memakan diri apabila beliau tertackle rakan sendiri, Mohd Muhaimin Omar sehinggga menyebabkan beliau dan rakannya itu mengalami kecederaan serius. Matyo yang bernasib baik daripada insiden itu bijak meloloskan diri sebelum menjarngkan gol mudah terus ke pintu gol Terengganu pada minit ke-73.
Tiga minit kemudian, Norshahrul Idlan berpeluang mencipta nama selaku penjaring namun sepakan beliau meliar sahaja.
Ketinggalan dua gol sememangnya memberi tekanan berganda kepada pasukan Terengganu. Dua peluang terbaik Terengganu selepas itu hadir pada m-79 menerusi sepakan percuma Ismail Faruqi yang sedikit melewati pintu gol sementara rembatan kencang Abdul Hadi empat minit kemudian pula jauh tersasar.
Pada minit terakhir perlawanan menyaksikan kelalaian pemain Terengganu yang mengasak ke pintu gol Kelantan sekali lagi membawa padah apabila dihukum juga menerusi counter-attack Kelantan.
Hasil serangan balas pantas, Norshahrul Idlan bijak memanfaatkan hantaran Kapten, Badri Radzi hanya perlu memperdayakan pemain pertahanan Terengganu, Mazlizam Mohamad sebelum merembat kencang ke penjuru kiri pintu gol Terengganu yang dikawal agak longlai oleh Sarbinee allawe untuk memastikan Kelantan menang bergaya malam tadi. Kini Kelantan kekal di persada Liga Super dengan 50 mata.
Musim lalu, Kelantan seri 2-2 di Terengganu dan menang 3-0 di Kota Bharu...
TAHNIAH KELANTAN...CONGRATE THE RED WARRIORS!!
WE'RE RED....WE'RE WARRIORS!
Ahad, 5 Jun 2011
Rekod Pertemuan Dua Gergasi Pantai Timur
VS
Kelantan dan Terengganu sememangnya sudah tidak asing lagi dalam arena bolasepak Malaysia dan setiap kali mereka bertemu bakal memberikan kepuasan kepada para penyokong yang menyifatkan perlawanan ini seolah-olah 'Liverpool melawan Everton'. Namun pertemuan kali ini lebih bermakna tambahan pula mereka kini masing-masing berusaha untuk menakluki dua piala utama iaitu Liga Super dan Piala FA musim ini.
Baik Kelantan mahupun Terengganu masing-masing telah mempamerkan aksi mantap musim ini dengan mereka berada di kedudukan tiga teratas liga meninggalkan Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan. Dengan berbaki tiga perlawanan lagi, Kelantan dan Terengganu pastinya tidak ingin berputih mata lagi selepas penantian yang agak lama sebelum ini.
berikut adalah pertemuan kedua-dua pasukan sejak 2006 hingga kini :
Tue | 01/02/11 | SUL | Kelantan | 1 - 1 | Terengganu | View events | More info |
Sat | 15/05/10 | SUL | Kelantan | 3 - 0 | Terengganu | View events | More info |
Sat | 09/01/10 | SUL | Terengganu | 0 - 0 | Kelantan | More info | |
Tue | 30/06/09 | SUL | Terengganu | 2 - 0 | Kelantan | View events | More info |
Sat | 14/02/09 | SUL | Kelantan | 3 - 2 | Terengganu | View events | More info |
Sat | 12/07/08 | MAC | Kelantan | 0 - 1 | Terengganu | More info | |
Fri | 27/06/08 | MAC | Terengganu | 1 - 2 | Kelantan | More info | |
Sat | 05/05/07 | MAC | Terengganu | 1 - 2 | Kelantan | More info | |
Sat | 03/03/07 | MAC | Kelantan | 0 - 2 | Terengganu | More info | |
Tue | 09/05/06 | PRL | Terengganu | 2 - 2 | Kelantan | More info |
Bersambung....
Langgan:
Catatan (Atom)
Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M
Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...
-
Ramai yang masih tertanya-tanya bagaimanakah hendak menyertai Ultras Malaya, perlukah mengisi borang? perlukah bai'ah? macam ...
-
Pada 15 Januari 2011 akan menjadi detik pertemuan di antara Sang Kenari,Kedah Darul Aman menerima kunjungan The Red Warriors, Kelantan Daru...
-
Setelah berjaya mengharungi Liga Super musim ini dengan merangkul kejuaraan buat kali pertama, Kelantan kini sudah mengatur langkah awal apa...