Khamis, 16 Jun 2011

Likas Bakal Menentukan Segalanya Bagi The Red Warriors


Perlawanan terakhir Kelantan di Likas bakal menentukan sama ada mereka berhak menggengam trofi Liga Super musim ini atau sebaliknya. Ini kerana mereka pada ketika ini disaing rapat oleh Selangor dan Terengganu. Mengikut sejarah bolasepak Kelantan, mereka tidak pernah memenangi kejohanan liga seprestij Liga Super memandangkan beberapa puluh tahun kebelakangan itu, mereka sering terperosok di corot liga akibat krisis kewangan dan masalah dalaman pasukan. Namun begitu, kini Kelantan kembali bangkit dan terus gah selaku antara kuasa besar bolasepak Malaysia pada abad ini.

Selangor pastinya tidak ingin melihat
Kelantan merampas kejuaraan Liga Super
musim ini daripada mereka.

Jika sebelum ini Kelantan sukar mengatasi Selangor dan Terengganu, namun kini Kelantan mampu melakar kemenangan besar di Shah Alam dengan kemenangan 5-1 pada saingan Piala FA dan membenam Terengganu di Kuala Terengganu dengan kemenangan bergaya 3-0.

Sabah mungkin bakal memberi cabaran yang sukar
kepada Kelantan di Likas nanti

Jika ada yang meramal Kelantan hanya mampu ke separuh akhir Piala FA tahun ini disamping target KAFA yang menyasarkan Kelantan perlu mara ke Separuh akhir, namun The Red Warriors membuktikan bahawa mereka mampu melakukan sesuatu yang mustahil apabila mereka mudah ke Final Piala FA musim ini. Meskipun akur dengan kehebatan Terengganu pada Final, puluhan ribu penyokong The Red Warriors tetap mengakui Kelantan musim ini cukup mantap walau hanya mampu berstatus Naib Juara. Kelantan  seharusnya bersyukur dengan kejayaan selaku Naib Juara Piala FA jika hendak dibandingkan dengan nasib Selangor yang kempunan awal di Separuh Akhir.


Kini tumpuan peminat bolasepak Malaysia pasti akan tertumpu pada perlawanan akhir Liga Super yang bakal menyaksikan Kelantan akan bertandang ke Likas dalam misi memburu kejuaraan liga buat kali pertama sejak kira-kira 50 tahun berkecimpung dalam arena bolasepak Malaysia.

GOMO THE RED WARRIORS GOMO...GOMO SAMPAI WISEL PENAMAT.. 
WE'RE RED...WE'RE WARRIORS!!

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...