Jumaat, 3 Jun 2011

Kelantan Bakal Cipta Rekod Terbaru Bolasepak Malaysia

Rekod 5 Piala Berturut-turut Akan Dicipta The Red Warriors?

Kelantan dilihat antara pasukan yang berpotensi menjuarai kejuaraan dalam arena bolasepak Malaysia sejak akhir-akhir ini selepas kejayaan mereka  menjulang Piala Malaysia pada tahun 2010 disusuli dengan kejayaan membawa Piala Emas Raja-Raja pulang ke negeri Kelantan. Tidak sampai tempoh empat bulan, Kelantan terus mencipta kegemilangan apabila mereka menjuarai Piala Sumbangsih Sultan Haji Ahmad Shah musim ini setelah berjaya menundukkan Selangor di tempat lawan. 

Kejayaan memenangi Piala Malaysia musim 2010
seakan-akan meniup semangat para pemain Kelantan musim ini.

Terbaru, Kelantan kini sudah menempah tiket ke Final Piala FA musim ini yang bakal menemukan dua pasukan gergasi pantai timur iaitu Kelantan dengan Terengganu pada 11 Jun ini. Sebulan selepas Final Piala FA, Kelantan perlu terus meloloskan diri daripada Selangor dan Terengganu jika Kelantan ingin menjulang trofi Liga Super musim 2011 sekaligus menamatkan penantian hampir 50 tahun Kelantan untuk menjulang piala liga yang dianggap paling berprestij di negara kita.

Kelantan kini mengidamkan
trofi Liga Super bagi melengkapkan
kegemilangan bolasepak Kelantan.

Meskipun barisan The Red Warriors terdiri daripada pemain muda bukan bertaraf bintang namun semangat juang yang tinggi mereka sememangnya cukup disanjungi oleh para penyokong setia Kelantan. Seperti pasukan-pasukan bolasepak terbaik dunia yang lain, Kelantan juga ada naik dan turunnya dari segi corak persembahan musim ini.

Piala Sumbangsih adalah piala pertama musim 2011
dan merupakan kali pertama buat Kelantan sejak 50 tahun lalu.

Dalam diam-diam, Kelantan telah melahirkan beberapa pemain muda bertaraf bintang sehingga mendapat perhatian serius oleh jurulatih skuad bolasepak kebangsaan, K.Rajagopal. Antara nama besar yang membarisi  Kelantan musim ini ialah S.Chanturu, Norshahrul Idlan Talaha, Badri Radzi, Farisham Ismail, Rizal Fahmi Rosid dan Khairul Fahmi Che Mat. Oleh itu, tidak salahlah jika ada peminat bolasepak negara ini menggelarkan Kelantan sebagai 'Jelmaan Arsenal' kerana Kelantan kerap melahirkan pemain-pemain yang berkualiti sehingga membantu bolasepak negara dari segi akar umbi.

TERIMA KASIH  THE RED WARRIORS.....KASIH DITERIMA PENYOKONG THE RED WARRIORS...

WE'RE RED...WE'RE WARRIORS!

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...