Jumaat, 10 Jun 2011

Menjelang Final Piala FA : Dua Penjaga Gol Kebangsaan Akan Berentap



Siapakah yang terbaik? Khairul Fahmi atau Sarbinee Allawee?


Khairul Fahmi dan Sarbinee Allawee sememangnya
antara penjaga gol terbaik yang pernah dimiliki arena
bolasepak Malaysia pada era globalisasi ini.

Tanggal 11 Jun bakal menjadi penentu sejauhmanakah aksi dua penjaga gol terbaik kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan Sarbinee Allawee Ramli dalam membantu pasukan masing-masing menjuarai Piala FA musim ini yang dianggap sebagai satu pertembungan yang cukup  bersejarah bagi dua gergasi pantai timur ini.

Dengan kedua-duanya kini sering dipanggil bersama  skuad kebangsaan, mereka pastinya ingin buktikan kepada jurulatih bahawa mereka adalah yang terbaik tambahan pula Malaysia kini bakal menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2014.

Khairul Fahmi pastinya ingin melakukan yang
terbaik seperti Final Piala Malaysia 2010 apabila
The Red Warriors berjaya muncul Juara pertama kalinya.

Berbalik pada aksi Final sabtu ini, episod perjalanan karier mereka sejak beberapa perlawanan  juga agak seimbang. Setakat 24 perlawanan Liga Super musim ini, Khairul Fahmi dilihat agak  kebal berbanding seterunya, Sarbinee Allawe. Ini kerana penjaga gol The Red Warriors itu hanya melepaskan 20 gol sepanjang perjalanan pasukannya dalam kancah Liga Super berbanding penjaga gol Sang Peteh yang telah memboloskan 22 gol setakat ini.

Bagi Sarbinee, beliau ingin
menebus kesilapan isnin lalu.

Walau bagaimanapun, semua mengakui bahawa pentas Final Piala FA cukup berbeza jika dibandingkan dengan Liga Super. Kali terakhir Khairul Fahmi beraksi bersama Kelantan adalah semasa mencatatkan kemenangan 1-0 keatas Pahang tempoh hari memandangkan beliau tidak diturunkan pada aksi bertemu dengan Terengganu pada isnin lalu. Bagi Sarbinee Allawee, kali terakhir beliau beraksi  ialah sewaktu Terengganu dibaham oleh The Red Warriors di gelanggang sendiri 3-0 pada isnin lalu. Tidak cukup dengan  itu, beliau juga telah mengalami kecederaan pada bahagian lutut akibat pertembungan dengan rakan sepasukan, Muhaimin yang dilaporkan mengalami patah kaki akibat rempuhan Sarbinee.

SEMOGA PERLAWANAN FINAL PIALA FA MUSIM INI MAMPU MEMBERI IMPAK YANG BAIK...AYUH WIRA MERAHKU...WE'RE RED...WE'RE WARRIORS...KITO GOMO SENGOTI!!

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...