Selasa, 7 Jun 2011

The Red Warriors Semakin Pasti Selaku Juara Baru Liga Super Malaysia Musim Ini


Kemenangan 3-0 keatas Terengganu semalam bakal
menjadi  sandaran buat Kelantan pada  Final Piala FA pada 11  Jun ini.

Pasti tiada siapa yang mampu menyangka Kelantan mampu mengalahkan Terengganu di stadium keramat mereka itu malam tadi. Dengan sokongan hampir 12,000 penyokong Sang Peteh yang serba putih hitam sememangnya memberikan sedikit rasa gentar kepada pemain Kelantan namun begitu kehadiran kira-kira 3,000 penyokong Kelantan ternyata menambahkan semangat pemain The Red Warrios untuk berjuang habis-habisan.


Lebih menarik lagi, kejayaan menumbangkan Sang Penyu 3-0 dihadapan hampir 12,000 penyokong mereka sendiri menamatkan badi ‘kekalahan Sang Kijang’ di Kuala Terengganu sejak kira-kira tiga tahun lalu.
Perlawanan malam semalam berlangsung agak  lewat berikutan masalah yang berlaku pada jaring gol di  pihak Kelantan. Walau bagaimanapun,  perlawanan akhirnya bermula tepat pada pukul 9.00 malam dengan Kelantan cuba memulakan serangan ke kubu Terengganu. 


Kelantan membuka tirai jaringan seawal minit kelapan menerusi jaringan pemain muda, Mohd Izuan Salahuddin yang bermula dengan serangan pantas, hantaran lintang Mohd Daudsu Jamaluddin ke dalam kotak penalti..Izuan bijak menampan untuk menewaskan Mohd Sharbinee Allawee untuk menjadikan Kedudukan 1-0.
Terengganu  juga seringkali melakukan serangan balas namun kekentalan penjaga gol Kelantan, Shahrizan Ismail berjaya menafikan percubaan berbahaya lawan.
Pada m-35, tuan rumah sekali lagi memperolehi peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan menerusi rembatan cantik Joseph Kalang Tie dari jarak 30 meter namun bola rembatannya terus ke dakapan Mohd Shahrizan.
Minit-minit akhir perlawanan, Kelantan hampir menambahkan gol keduanya apabila sepakan penjuru oleh Muhd Badhri, ditanduk kemas Norshahrul Idlan namun bola terkena bucu palang gol tatkala Mohd Sharbinee Allawee sudahpun tertewas dipintu golnya.
Lima minit babak kedua bersambung, jelas penguasaan milik pasukan tuan rumah apabila penyerang kebangsaan, Abdul Manaf Mamat pantas melakukan hantaran lintang ke dalam kotak penalti namun peluang keemasan tersebut gagal disempurnakan oleh Abdul Hadi Yahaya didepan pintu gol Kelantan.
Beberapa minit kemudian, serangan balas Terengganu sekali lagi mencemaskan pintu gol Kelantan apabila hantaran lambung Abdul Hadi ditampan Ismail Faruqi namun Mohd Shahrizan berada tepat dikedudukannya untuk menyelamatkan pintu golnya daripada dibolosi.
Pujian harus diberikan kepada barisan pemain pertahanan Kelantan yang beraksi cemerlang malam tadi mengekang setiap asakan bertali arus oleh pemain tuan rumah. Malah, kehebatan penjaga gol, Mohd Shahrizan yang tampil kali kedua menjaga gawang harus dibangga kerana menangkis setiap percubaan merbahaya rangkaian penyerang Terengganu terutamanya pada babak kedua perlawanan.
Disebalik keghairahan pasukan Terengganu menyerang bertubi-tubi ke pintu gol Kelantan untuk merapatkan jurang gol akhirnya membawa padah kerana tanpa mereka sedari lima atau pemain mereka  berada di  kawasan Kelantan dan peluang tersebut digunakan Kelantan untuk melakukan counter-attack. Kapten Kelantan muncul inspirasi  gol Kelantan apabila pemain itu  bijak  membelah pertahanan Terengganu sebelum bijak melorongkan  bola kepada rakan..
Matyo bernasib baik apabila beliau tidak terbabit dalam insiden
yang mana Sarbinee cuba menackle namun terkena rakannya, Muhaimin.

Kesilapan penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee yang terburu-buru keluar daripada posisi asal dan berusaha untuk melakukan tackle berbahaya keatas Norshahrul Idlan Talaha. Namun  niat buruknya itu seakan-akan memakan diri  apabila beliau tertackle rakan sendiri, Mohd Muhaimin Omar sehinggga menyebabkan beliau dan  rakannya  itu mengalami  kecederaan serius. Matyo yang bernasib baik daripada insiden itu bijak meloloskan diri sebelum menjarngkan  gol mudah terus ke  pintu gol Terengganu pada minit ke-73.
Tiga minit kemudian, Norshahrul Idlan berpeluang mencipta nama selaku penjaring namun sepakan beliau meliar sahaja. 
Ketinggalan dua gol sememangnya memberi tekanan berganda kepada pasukan Terengganu. Dua peluang terbaik Terengganu selepas itu hadir pada m-79 menerusi sepakan percuma Ismail Faruqi yang sedikit melewati pintu gol sementara rembatan kencang Abdul Hadi empat minit kemudian pula jauh tersasar.
Pada minit terakhir perlawanan menyaksikan kelalaian pemain Terengganu yang mengasak ke pintu gol Kelantan sekali lagi membawa padah apabila dihukum juga menerusi counter-attack Kelantan.
Hasil serangan balas pantas, Norshahrul Idlan bijak memanfaatkan hantaran Kapten, Badri Radzi hanya perlu memperdayakan pemain pertahanan Terengganu, Mazlizam Mohamad sebelum merembat kencang ke penjuru kiri pintu gol Terengganu yang dikawal  agak longlai oleh Sarbinee allawe untuk memastikan Kelantan menang bergaya  malam  tadi. Kini Kelantan kekal di persada Liga Super dengan 50 mata.
Musim  lalu, Kelantan seri  2-2 di Terengganu  dan menang 3-0 di  Kota Bharu...

TAHNIAH KELANTAN...CONGRATE THE RED WARRIORS!! 
WE'RE RED....WE'RE WARRIORS!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kelate kena main ngan pasukan laju mcm tu la..sebab defence kita x berapa bagus,,kena main compact,,tutup ruang untuk ternganu mebuat larian laju..main rapat,mase kedua tu awal2 namapk bek tengah suka naek atas,,ni x bagus,,pertegahan mase kedua baru bek2 tengah duduk jaga bawah..baru kelantan nampk berja meguasai permainan semual

Tanpa Nama berkata...

mat chah memang terbaik...

Firz Putra berkata...

btol3...team kelate sudah buktikan yg terbaik..GKG!!

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...