Selasa, 14 Jun 2011

Kelantan Perlu Atasi Perak Andainya Ingin Jadi Juara



Kelantan perlu menang kesemua daripada dua baki perlawanan Liga Super mulai malam ini. Namun  tugas anak didik Datuk M.Karathu dilihat sedikit berliku memandangkan lawannya ialah Perak yang sebelum ini pernah mengaibkan Kelantan di Ipoh pada pertengahan Liga lalu. Barisan Perak musim ini sememangnya cukup mantap sambil dibantu oleh bekas penyerang Kelantan  musim lalu, Akmal Rizal Rakhli yang kini menyarung jersi Seladang.

Pemain itu juga kerap kali berjaya mengucar kacirkan pertahanan The Red Warriors sewaktu Kelantan tumbang 4-0 di Ipoh. Dengan moral pemain Kelantan yang kelihatan susut semenjak tewas Final Piala FA, Perak pastinya tidak mahu melepaskan peluang terbaik ini.

Badri Radzi bakal diberi tugas berat untuk mengembalikan
semangat rakan-rakannya menjelang aksi malam ini.

Walaupun agak terkilan dengan kegagalan membawa pulang Piala FA ke Kelantan, kapten The Red Warriors kini mahu rakan-rakannya kembali mempamerkan aksi terbaik dan menjadikan Perak sebagai mangsa kebangkitan Skuad Kijang dalam misi menjuarai Liga Super buat kali pertama sejak kira-kira 45 tahun.

Beraksi di hadapan ribuan penyokong setia The Red Warriors pada malam ini, Kelantan perlu berwaspada dan tidak lalai seperti mana yang dilakukan sewaktu Final Piala FA. Ini kerana  rekod pertemuan Kelantan dengan Perak di Kota Bharu lebih berpihak kepada The Red Warriors.

Apex pasti tidak mahu kekalahan besar di Ipoh berulang lagi.
Credit Pic:Wawan Faiz

Bagi penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, kemenangan keatas Perak malam ini mungkin boleh menjadi pengubat kedukaan 11 Jun lalu selain misi Kelantan untuk membalas kekalahan 4-0 di Ipoh tempoh hari. Apex yang dibolosi 4 kali pada perlawanan di Ipoh pastinya tidak ingin lagi menjadi 'ayam' kepada pihak lawan dan beliau akan berusaha sebaik yang mungkin demi memastikan tiga mata milik Kelantan.

Persoalannya, adakah Stadium Sultan Muhammad Ke-IV bakal dipenuhi dengan puluhan ribu penyokong setia The Red Warriors pada malam ini?? atau penyokong hanya akan berada di rumah untuk menyaksikan Kelantan menentang Perak secara LIVE di ASTRO ARENA?
Di  mana pun anda berada...Doakanlah kejayaan THE RED WARRIORS!!

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...