Isnin, 13 Jun 2011

Liga Super 2011 : Kelantan VS Perak (Episod Satu)

PERLAWANAN LIGA SUPER 2011

Kelantan Lwn Perak
Di Stadium Sultan Muhammad ke4
pada 14 Jun 2011

Disiarkan secara LIVE menerusi ASTRO ARENA 801


Liga Super kembali membuka tirainya selepas Piala FA berakhir juga pada dua hari lalu. Kelantan yang kecewa akibat kekalahan dramatik pada pentas Piala FA pastinya ingin kembali bangkit agar status mereka selaku pendahulu Liga tidak dirampas oleh seterunya yang lain.

Pertembungan Kelantan dengan Perak pada selasa ini sememangnya cukup dinanti-nantikan oleh pasukan The Red Warriors dan sebilangan besar penyokong setia Kelantan dalam misi menebus aib yang menimpa semasa Kelantan bertandang di Ipoh yang  menyaksikan Kelantan kecundang 4-0 di tangan skuad Yop. Pada malam esok, Kelantan bakal turun dengan dua misi iaitu untuk membalas dendam kekalahan 4-0 di Ipoh dan Kelantan juga ingin menjadikan Perak sebagai mangsa pertama kepada kebangkitan mereka setelah tewas pada pentas Final Piala FA.

Kelantan sudah pasti bakal turun dengan semangat yang tinggi dalam misi memastikan
Liga Super musim ini berada dalam dakapan The Red Warriors

Bagi penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha pastinya ingin menebus prestasi hambar pada Final Piala FA lalu dengan membantu Kelantan menewaskan Perak di Kota Bharu. Beliau yang kini sudah meledakkan 16 gol dalam saingan Liga Super musim ini bakal diletakkan selaku peledak utama Kelantan pada malam esok sambil dibantu kapten,Badri Radzi.


Bersambung.....

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...