NC wajar diberi peluang untuk buktikan
kelebihan dan bakat yang dimiliki sepanjang bersama Kelantan.
Siapa dia?? cer citer....hehehe..
Nicholas Chan, 20 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur merupakan anak kepada pemilik kelab yang beraksi dalam Liga Divisyen Satu di England iaitu Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee bakal beraksi bersama skuad Kelantan untuk musim depan sekiranya belliau benar-benar mempamerkan prestasi terbaik musim ini.
Nickholas Chan antara tonggak penting Kelantan
bagi mengharungi saingan Piala Presiden musim ini.
Credit Pic: Wawan Faiz
Prestasi yang cukup mantap beliau dalam Piala Presiden musim ini pastinya menarik perhatian jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu untuk menyenaraikan pemain itu sebagai pertahanan skuad Liga Super Kelantan musim depan selain usia pemain itu yang sudah menjangkau 21 tahun pada tahun hadapan. Kehandalan mengawal posisi pertahanan skuad Piala Presiden Kelanta telah membuahkan hasil apabila Kelantan kini menjadi peneraju kumpulan A sambil Sabah mencabar Kelantan dari belakang.
Kelantan mungkin tidak perlu menghabiskan ribuan ringgit untuk membeli pemain pertahanan lain musim hadapan seperti Aidil Zafuan mahupun pemain muda lain memandangkan sudah punya calon yang terbaik.
Keupayaan beraksi dalam kesebelasan Cardiff
adalah bukti NC punya bakat terpendam.
Nickholas Chan cukup berbakat dan mempunyai kebolehan beraksi dua posisi berbeza iaitu selaku pertahanan mahupun pemain tengah dalam satu masa. Di Cardiff, beliau sudah pun membuktikan bahawa beliau boleh melakukannya sekiranya diberi kepercayaan penuh daripada pihak jurulatih.
Dengan usianya yang masih muda pastinya memberi advantage kepada Kelantan untuk membentuk NC sebagai pemain yang cukup hebat seperti Farisham Ismail, Rizal Fahmi dan Zairul Fitri. Jika NC berjaya membiasakan diri dengan corak permainan pasukan Kelantan, tidak mustahil pemain muda itu akan enjoy bermain dan tidak akan bertindak ke kelab lain.
Nickholas Chan melengkapkan tiga kaum dalam
The Red Warriors dan tidak salah jika Kelantan digelar
sebagai pasukan 1Kelantan.
Gandingan beliau dengan Zamri Ramli dalam saingan Piala Presiden musim ini cukup mantap dan jika rezeki berpihak kepada mereka, tidak salah jika mereka dipromote oleh coach pasukan Liga Super Kelantan untuk membarisi pasukan yang kini semakin digeruni pasukan-pasukan lain.
Musim ini Kelantan mempunyai ramai pemain pertahanan berbanding sebelumnya. Antaranya, Rizal Fahmi, Farisham, Zairul, Aziz, Rohaimi, Subramaniam dan Daudsu. Kemasukan NC pastinya bakal merancakkan lagi persaingan sihat dalam pasukan untuk masing-masing perlu beraksi cemerlang bagi merebut posisi dalam kesebelasan utama musim depan.
Nantikan kelibat Nickholas Chan pada musim depan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan