Rabu, 1 Jun 2011

Aidil Kecewa Negeri Sembilan Dipalit Dengan Rasuah, Kelantankah Halatuju Seterusnya?

Akhbar kosmo hari ini memperkatakan betapa Aidil kecewa dengan apa  yang sedang melanda pasukannya, Negeri Sembilan. Dakwaan dan rumour yang mengatakan Negeri Sembilan dicemari dengan rasuah bukan  sahaja menjejaskan status pasukan itu malah turut memalukan dirinya sebagai salah seorang daripada pemain itu.

 Beliau turut melahirkan rasa bersedia meninggalkan Skuad Jang sekiranya khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi oleh Negeri Sembilan.


Adakah benar Aidil sudah kecewa dengan insiden yang telah menimpa dirinya dan sudah bersedia untuk menerima tawaran menyertai Kelantan pada  musim depan?  Bersediakah Aidil menyedut udara segar  di Kelantan sambil disambut hebat oleh penyokong setia The Red Warriors?
Hayatilah artikel daripada kosmo tersebut..

Aidil rasa kecewa

AIDIL (kiri) mengakui kemerosotan skuad Negeri Sembilan berpunca daripada masalah kecederaan.


PEMAIN pertahanan Negeri Sembilan, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya dipanggil membantu siasatan dalam isu rasuah yang melanda pasukan itu.
Aidil, 23, mengakui yang dia amat kecewa seandainya perkara ini benar-benar berlaku.
"Saya tidak tahu perkembangan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), saya tidak berani campur, sebaliknya menyerahkan segalanya kepada pihak atasan.
"Tetapi seandainya perkara ini benar-benar berlaku, ia amat memalukan dan mengecewakan saya," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Liga Komuniti Mizi- Sports di Shah Alam semalam.
Menurut Aidil, apa yang paling mengecewakan ialah gejala rasuah ini dipercayai berlaku dalam pasukan negeri kelahirannya, sedangkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) telah banyak membantu memulihkan semula imej bola sepak negeri itu.
"Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku lagi. Saya bukan hendak menuduh rakan sepasukan ataupun mana-mana pemain.
"Setakat ini biarlah pihak berkuasa melakukan siasatan, jika ada yang terlibat ia perlu diselesaikan.
"Cuma apa yang mampu saya lakukan ialah memberi kerjasama sebaik mungkin jika diperlukan tetapi saya rasa gejala ini tidak wujud lagi dalam skuad Liga Super.
"Prestasi kami yang tidak konsis- ten pula memburukkan lagi keadaan tatkala isu ini timbul semula," kata Aidil.
Pemain pertahanan Malaysia itu juga menegaskan bahawa kemerosotan prestasi pasukannya adalah berpunca daripada krisis kecederaan yang dialami skuad Rusa itu.
"Prestasi Negeri Sembilan yang kurang konsisten ketika ini adalah disebabkan masalah kecederaan pemain utama, malah kami terpaksa menggunakan khidmat bebe- rapa pemain Piala Presiden dalam perlawanan.
"Namun apa pun saya yakin kami akan bangkit semula pada kempen Piala Malaysia nanti, malah bebe- rapa pemain juga semakin pulih daripada kecederaan termasuk Zaquan (Adha Abdul Radzak)," kata Aidil yang ketika ini menjalani latihan bersama kem skuad kebangsaan menjelang perlawanan persahabatan menentang Hong Kong, Jumaat ini.
Kelmarin, SPRM mengumumkan bahawa siasatan terhadap pemain skuad Piala Presiden Negeri Sembilan atas tuduhan mengatur keputusan perlawanan, kini hampir sele- sai.

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...