Rabu, 1 Jun 2011

3 Pilihan Muka Baru The Red Warriors Musim Depan

3 PEMAIN YANG BERLAINAN POSISI PILIHAN KALI INI?

Jika sebelum ini dikatakan bahawa Kelantan bakal membawa muka baru daripada kalangan import, kini Kelantan juga ingin mencari beberapa pemain tempatan untuk menyarung jersi The Red Warriors musim depan.
Antaranya ialah Shafiq Rahim, Baddrol Bakhtiar, Aidil Zafuan dan beberapa pemain lagi yang belum dikenalpasti. Tiga pemain ini sebelum ini pernah digosipkan bakal bersama 'Sang Wira Merah'  namun, mereka akhirnya membisu setelah terdapat dakwaan kononnya Kelantan tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk membawa salah seorang daripada mereka bertiga. Walau bagaimanapun, kini mereka kembali disebut-sebut untuk memperkuatkan pasukan Kelantan pada musim 2012 yang cukup mencabar kelak.

SHAFIQ RAHIM

Safiq Rahim antara pemain bolasepak kebangsaan
yang cukup berbakat selain berfungsi sebagai kapten pasukan.

Safiq Rahim antara pemain yang hampir pasti bersama Kelantan musim lalu, namun, entah di mana silapnya, akhirnya pemain itu dikatakan berubah fikiran pada saat akhir. Menurut sumber, Safiq sememangnya mempunyai niat untuk beraksi bersama Kelantan selain beliau ingin merasakan nikmat sebenar bolasepak dengan sokongan penyokong fanatik Kelantan yang sentiasa memenuhi stadium. Berbanding beraksi bersama pasukan lain, beliau pastinya mengakui Kelantan lebih terbaik dari segi pengurusan dan penyokongnya yang selalu berada di belakang pemain mereka.

Sudah tiba masanya Shafiq Rahim mengubah haluan
karier bolasepak profesionalnya ke Kelantan.

Jika Safiq benar-benar bakal beraksi untuk The Red Warriors musim depan, beliau pastinya mampu mengisi posisi Danial Fadly Abdullah seandainya pemain berumur 34 tahun itu memilih untuk bersara kelak. Ini kerana kedua-dua pemain bermain di posisi Attacking Midfielder selain mereka juga mempunyai kepantasan sewaktu memegang bola.

 Selain itu, Shafiq juga  mungkin bakal membantu kapten, Badri Radzi dalam set piece sama ada sepakan percuma ataupun tendangan sudut. Ini kerana Shafiq mempunyai teknik dan aplikasi sepakan yang baik serta mampu memperdayakan pihak lawan.

Andainya pemain bintang muda yang dicari Kelantan musim depan, Shafiq Rahim adalah antara calon yang cukup sesuai untuk menyarung jersi keramat merah putih. Jika Shafiq setia bersama skuad Kelantan selama beberapa tahun nanti, tidak mustahil pemain itu mampu menggantikan posisi kapten The Red Warriors pada ketika ini, Badri Radzi.

AIDIL ZAFUAN

Kehandalan dan ketangkasan Aidil dalam mengawal bahagian
pertahanan sememangnya sukar untuk dinafikan lagi.

Siapa  pun tidak menyangka apabila Aidil Zafuan juga berada dalam senarai calon pemain bintang tempatan yang bakal membarisi skuad The Red Warriors musim depan. Beliau yang telah menjulang Negeri Sembilan dengan dua piala musim lalu, Juara Piala FA 2010 dan Juara Piala Malaysia 2009 pastinya antara calon terbaik yang bakal memperkuat barisan pertahanan Kelantan yang kini agak longlai aksinya.

 Kelantan pastinya tidak boleh terlalu mengharapkan pemain seperti Daudsu untuk bertahan dan melakukan overlapping selamanya. Sebaliknya mereka harus mencari formula dengan membawa pemain pertahanan yang mampu menggalas posisi Daudsu yang sebelum ini agak kurang memberangsangkan prestasinya di samping disisihkan akibat mengalami kecederaan.

Aidil cukup disegani dengan kemahirannya 'marking'
pemain lawan seperti Matyo.

Jika dinilai pada prestasi Aidil sejak akhir-akhir ini, beliau banyak membantu Negeri Sembilan dalam mencatatkan keputusan positif dalam saingan Liga Super musim ini. Namun begitu, sebagai pemain bolasepak profesional, beliau juga ada turun naiknya. Musim lalu, Aidil pernah dikhabarkan telah menerima tawaran B.Sathianathan 50-50 untuk beraksi bersama Kelantan namun semuanya dilihat sunyi sepi sejak pergantungan  Sathia.

Inilah antara gambar yang menguatkan lagi
rumour yang mengatakan Aidil sedia pertimbangkan tawaran Sathia.

Jika benar Sathia dan Aidil sudah merencanakan sesuatu, hajat Kelantan untuk melihat kelibat pemain nombor 7 Negeri Sembilan menyarung jersi Kelantan juga pasti tercapai. Ini kerana B.Sathianathan bakal bebas dari pergantungan selama 6 bulan bermula awal Jun ini. Apa-apa pun, segala keputusan adalah hak milik pengurusan KAFA. Ada segelintir penyokong Kelantan yang sempat berjenaka dengan berbunyi begini :

Penyokong A : Kalu Aidil mari, dio nok pakai jersi nombor berapo? Nombor 7 hok Ijad doh.
Penyokong B : hehe... takpo boh, kito bagi dio pakai nombor 77. ko guano demo? haha..
Penyokong C : Kemahh keming lar..  hehe..

BADDROL BAKHTIAR

Baddrol juga merupakan antara pemain bintang muda yang berkualiti.

Baddrol Bakhtiar musim ini antara pemain penting bagi skuad Kedah setelah mereka kehilangan beberapa tonggak utama seperti Azmi Muslim, Shakir Ali, Azlan Ismail dan lain-lain lagi. Oleh sebab itulah tidak mustahil pemain itu menjadi penjaring terbanyak bagi skuad Kedah setakat ini. 

Terbaru, beliau menjadi wira Kedah apabila beliau berjaya menewaskan Terengganu dengan kemenangan tipis 1-0 di Kuala Terengganu.
Lebih manis, Baddrol dianggap berjasa buat Kelantan yang sememangnya mengharapkan kemenangan Kedah pada pertemuan itu. Kini Baddrol disebut-sebut penyelamat Kedah-Kelantan.


Jika hendak diceritakan tentang kehebatan Baddrol, pastinya semua sudah sedia maklum. Ini kerana pemain ini cukup menyerlah sejak kejayaan skuad Kebangsaan selaku Juara pingat Emas Sukan Sea beberapa tahun lalu. Namun malangnya beliau tidak mampu beraksi di saingan AFF Suzuki atas alasan kecederaan.

Kini beliau sudah kembali cergas dan kini dipanggil oleh K.Rajagopal untuk membarisi skua kebangsaan untuk bertemu dengan Hong Kong dalam siri persahabatan nanti.

APA-APA PUN, KITA BERHARAP SALAH SEORANG ATAU DUA ORANG (KALAU BOLEH, KETIGA-TIGA LAH) DALAM KALANGAN PEMAIN INI BAKAL MENYARUNG JERSI THE RED WARRIORS MUSIM 2012 SETERUSNYA MELONJAKKAN IMEJ KELANTAN DI PERSADA ARENA BOLASEPAK MALAYSIA.. GOMO KELATE GOMO!!

p/s: Selain Aidil, Shafiq dan Badrrol, terdapat juga beberapa pemain lain jadi pilihan. Antaranya Lot Abu Hassan, Nazri, dan .....nantikan ek...GKG!!

5 ulasan:

HAFIZAL berkata...

semoga bertambah kuat...untuk mengekalkan rekod yang bagus

mazlan berkata...

antara calon yg boleh dipertimbangkan ialah:
Joseph Kallang Tee (TRENGGANU)- Pemain midfield kidal dan mempunyai workrate yg tinggi...ada skill yg baik

Ashaari Shamsudin (TRENGGANU)- penjaring yg sudah terbukti bersama pasukannya...boleh bertindak di bahagian sayap sekiranya perlu kepada pengganti Solihin serta mempunyai kaki kiri yg baik

Fakri Saarani (NS)- Tinggi lampai,TRW perlu seseorg yg boleh menanduk bola sbg alternatif menjaring gol melalui tandukan....pantas...mampu meringankan beban yg digalas oleh Norshahrul Idlan Talaha

Mahali Jasuli (Harimau Muda A)- gemar overlap, skill tinggi, antara bek kanan terbaik di Malaysia...tetapi agak sukar untuk dimiliki TRW sekiranya masih terikat dgn HARIMAU MUDA A

Tanpa Nama berkata...

Daudsu disisihkn bukan sebab injured tapi sbb kad kuning..sekian

Tanpa Nama berkata...

xyoh ambik ahhh joseph kalang tie
dio buke hebat pom main bola

Tanpa Nama berkata...

aidil n amirul hadi pon da cukop . fakri tu mne blh main bola , ade ke striker main ganas ? joseph x sehebat piya n safiq rahim . .

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...