Rabu, 8 Jun 2011

Benam Terengganu 3-0, Berjaya Ledak 2 gol : Hadiah Istimewa Buat Matyo

Kejayaan membenam Terengganu dan menyumbat 2  gol daripada 3 gol yang dimiliki Kelantan ternyata satu kepuasan bagi pemain prolifik yang bernama Norshahrul Idlan Talaha. Bersempena hari jadi beliau pada  hari ini(8  Jun), Matyo sememangnya agak bertuah kerana berjaya untuk menjulang The Red Warriors kembali ke landasan terbaik  di samping beliau turut kembali selaku pendahulu senarai penjaring gol  terbanyak Liga Super 2011  dengan 16 gol  setakat  ini.
Skill berkualiti  yang dimiliki Norshahrul menjadikan
beliau antara penyerang terbaik Liga Super Musim ini.


Saya berharap dapat meneruskan rentak cemerlang bagi mengharumkan nama pasukan Kelantan dalam Liga Super musim ini. Dua gol dijaringkan adalah hadiah bermakna kepada saya sendiri selain menyuntik semangat rakan untuk memburu impian menjuarai Liga Super musim ini.

Kejayaan meledakkan 2 gol di Kuala Terengganu
tempoh hari telah menjadikan koleksi golnya 16 gol
untuk mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Super.

Tapi saya tetap menganggap dia (Abdul Hadi) adalah seorang penyerang yang hebat dan saya juga akan melakukan yang terbaik untuk pasukan ketika bertemu Terengganu dalam saingan final Piala FA nanti,” katanya ketika dihubungi semalam.
Gandingan Norshahrul bersama Izuan juga sudah
mula  menampakkan hasil  yang lumayan musim ini.

Ketika ini, Norshahrul sememangnya berada prestasi terbaik untuk membantu The Red Warriors menjulang kejuaraan berganda musim ini. Walau bagaimanapun, tekanan ini tidak boleh diletakkan diatas bahu beliau sahaja sebaliknya Kelantan perlu bermain dalam satu pasukan yang mantap untuk  mencapai sesuatu kejayaan.

Sentuhan 'magik' Norshahrul sememangnya amat
diperlukan oleh The Red Warriors menjelang aksi
Final Piala FA pada sabtu ini.

Bagi Norshahrul, aksi  Final Piala FA pasti berbeza tempo dan corak permainan  kedua-dua pasukan namun, beliau yakin Kelantan mampu melakukan yang terbaik jika persefahaman yang mantap seperti aksi di Kuala Terengganu tempoh hari diteladani sebaik mungkin.

SELAMAT HARI JADI YANG  KE-25 KEPADA PENYERANG PROLIFIK THE RED WARRIORS, NORSHAHRUL IDLAN  TALAHA ....SEMOGA GOMO SOKMO!!
WE'RE RED...WE'RE WARRIORS!!

1 ulasan:

Aishah Sofea berkata...

happy birthday matyo

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...