Selepas beberapa siri perlawanan persahabatan telah ditempuhi oleh The Red Warriors, kini timbul pula masalah kecederaan pemain. Dikhabarkan bahawa S.Chanturu, Subramaniam dan seorang lagi pemain yang tidak dikenalpasti(mungkin K.Soley) telah mengalami kecederaan. Dengan kecederaan 3 tonggak ini pasti merencatkan strategi terbaik jurulatih Kelantan, B. Sathianathan dalam misi merangkul Piala Sumbangsih yang kini tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Azwan Roya dan Aziz Ismail pula masih belum mampu membiasakan diri dengan corak permainan TRW. Oleh itu, B.Sathianathan kini tidak mahu anak didiknya hanyut dengan krisis yang melanda Skuad Juara Piala Malaysia 2010 itu.
Kecederaan jelas menghalang seperti Subra untuk kembali mendapatkan rentak permainan. Dengan ketiadaan rakan karib musim lalu, Azizi Matt Rose, Subra pasti sukar untuk mencari keserasian bersama muka-muka baru.
GO MORE KELATE GOAL MORE!! KELATE JUARO SOKMO!!
3 ulasan:
eh..bimbe ar sero...pah nok wak lagu mano?
khalid xsedap mano pun..wak gapo ar belinyo..
azwan roya xbrape kemahh la..
Catat Ulasan