Sabtu, 2 April 2011

Aksi Dramatik Kelantan-TTeam Bakal Berulang.


Pada 5 April ini bakal berulang pertemuan menarik antara dua pasukan Pantai Timur iaitu T-Team menentang Kelantan di Kuala Terengganu. Aksi tersebut pastinya bakal menarik lebih ramai penonton ke stadium memandangkan kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan yang seimbang. Kali terakhir mereka bertemu adalah sewaktu perlawanan pembukaan Piala FA yang menyaksikan Kelantan berjaya mencatat kemenangan di gelanggang lawan melalui penentuan penalti dengan kemenangan 6-5.

T-Team pastinya bakal menguatkan jentera tengah dan serangan mereka kerana mereka tidak ingin lagi dikecewakan oleh pendahulu Liga Super itu. T-Team beranggapan Kelantan menang tempoh hari hanya bergantung kepada nasib kerana jika dilihat 60 peratus permainan dikawal oleh T-Team sehingga membolehkan Indra Putra Mahyuddin meledak gol penyamaan.



Indra, Farhan dan Azizi sekali lagi bakal berdepan dengan bekas penyokong mereka dan pastinya kali ini bakal menyaksikan ratusan penyokong setia The Red Warriors hadir menjadi pemain ke-12 untuk Kelantan.

Di kem The Red Warriors pula, Boss Kelantan, Datuk M.Karathu bakal merencanakan sesuatu memandangkan mereka telah bersemuka antara satu sama lain dalam saingan Piala FA lalu. Antara rancangan beliau pastinya ingin mengemaskan corak permainan pasukan terutama di bahagian tengah yang dilihat agak longlai. Ini kerana pasukan Kelantan terlalu bergantung kepada Kapten pasukan, Badri Radzi untuk mengatur segala serangan ke kubu pihak lawan.



Selain itu, tugas berat pastinya bakal diberikan kepada pemain-pemain pertahanan The Red Warriors untuk memperbaiki benteng pertahanan yang sebelum ini terlalu 'mesra' untuk memberi gol kepada pihak lawan. Dengan adanya pemain berpengalaman seperti Rizal, Farisham dan Zairul mungkin mampu bergerak lebih jauh di samping kepintaran Daudsu yang sering melakukan overlapping ke kawasan lawan.

Apa-apa pun diharap Skuad Red Warriors mampu mencatatkan kemenangan bagi memastikan Kelantan terus bermaharajalela di persada Liga Super Malaysia musim ini...

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...